Wednesday, February 11, 2015

Presiden PKR Tolak Azmin Dipilih Ketua Pembangkang?





PETALING JAYA: Soal pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi teka-teki apabila isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), malam Selasa.

Malah, Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail seolah-olah menafikan bayangan awal bahawa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bakal dilantik mengisi jawatan ketua pembangkang di Parlimen.

"Siapa yang maklumkan awak mengenai berita ini.... terima kasih," katanya apabila ditanya mengenai perkara itu pada sidang media sambil disambut gelak tawa beberapa pemimpin PKR yang hadir.

Sebaliknya, Dr Wan Azizah berkata, soal calon bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Kita akan adakan mesyuarat Pakatan Rakyat dan dapatkan konsensus mengenainya," katanya. Ketika ditanya sama ada calon tersebut juga dari PKR, Wan Azizah berkata, ia bergantung kepada perbincangan di peringkat Pakatan Rakyat.

Demikin lapor mStar sebentar tadi.

Terdahulu, pakar akademik memberi gambaran awal bahawa Azmin layak untuk menggantikan Anwar selepas melihat kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR. Malah, kemelut antara PAS dan DAP berhubung isu hudud dan pelaksanaan pilihan raya berkuasa tempatan menguatkan lagi dakwaan bahawa Azmin adalah calon pilihan utama bagi jawatan tersebut.

 Adakah PKR mempunyai ramai calon berpotensi untuk jawatan tersebut? Ada khabar-khabar menyebutkan, DAP lebih berminat Rafizi Ramli Naib presiden PKR dipilih pemimpin PR dari Azmin?
 
Bagaimana dengan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah sendiri? Dikatakan juga beliau seolah-olah menafikan Azmin Ali bakal dilantik mengisi jawatan ketua pembangkang di Parlimen? Namun ia masih perlu dibincangkan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails