Wednesday, February 18, 2015

PRK DUN Chempaka: 10 Mac Penamaan, Undi 22 Mac


SPR menetapkan 10 Mac hari penamaan calon bagi kerusi DUN Chempaka sementara 22 Mac sebagai hari pengundian. 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat pada Rabu menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Chempaka, Kelantan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac. Tarikh pengundian awal pula akan diadakan pada 18 Mac.

"Sebanyak 42 saluran pusat mengundi akan dibuka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK DUN Chempaka di sini, Rabu.

Seramai 21,890 pengundi berdaftar di Chempaka. Kerusi Dun Cempaka kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada malam Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, Nik Aziz menang di kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi. Mursyidul Am PAS itu mendapat 12,310 undi, manakala calon Barisan Nasional Wan Razman Wan Abd Razak memperolehi 5,810 undi. (mStar)

No comments:

Post a Comment