Tuesday, February 03, 2015

Thaipusam: Lebih Meriah M'sia Dari India. Mengapa?


Sebahagian penganut Hindu menjunjung belanga yang berisi susu menjelang sambutan Thaipusam di Batu Caves semalam.

KL: SEMALAM menurut tinjauan Kosmo!, mendapati kawasan di sekitar Batu Caves dekat sini sudah dibanjiri penganut agama Hindu sejak dua hari lalu. Lebih sejuta penganut Hindu membanjiri Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves di sini bagi membayar nazar dan menebus dosa sempena sambutan Thaipusam.

Perayaan tersebut yang termasuk dalam kalendar pelancongan negara turut menggamit keda­tangan pelancong asing yang tidak melepaskan peluang melihat keunikannya yang mungkin tidak pernah dirai di negara mereka.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Mengapa? Benarkah Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar, juga bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja?

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Namun begitu tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Namun begitu tidak semua penganut Hindu perlu membawa belanga berisi susu ini.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk.
Thaipusam di Batu Caves semalam.

Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain.

Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails