Sunday, February 15, 2015

TV3 Dan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz..

PAGI semalam, tv3 telah dikritik oleh pelbagai pihak di laman sosial. Dan antara kritikan yang tersebar luas ialah satu penulisan atau luahan nasihat dari Warga Prihatin.

Baca : TV3, tolong la hormati kesedihan rakyat Malaysia.

Selain itu, tv3 turut disindir menerusi satu gambar, seperti di atas. Kritikan tersebut dibuat bagi mengulas tindakan TV3 yang tidak peka dengan kesedihan rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dan bersedih atas pemergian tokoh agamawan terkenal, tidak hanya di Kelantan dan Malaysia bahkan seluruh dunia, tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berusia 84 akibat derita sakit yang berpanjangan.


Mereka mengkritik bagaimana station tv swasta tempatan itu sanggup menyiarkan rancangan hiburan MENTOR pada pagi jumaat sedangkan tv kerajaan dan ASTRO pula memainkan bacaan Alquran dan siarkan acara langsung pengembumian tuan guru Nik Aziz.
Namun, tv3 tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab kritikan secara terbuka itu. Tanpa kenyataan rasmi (setakat ini), apa yang TV3 buat ialah menerima kritikan tersebut. Dengan cara positif. Tindakan tv3 ialah pada jam 4.30 hingga ke 5 petang mereka sepatutnya siarkan rancangan 'Edisi Khas' iaitu satu rancangan lawak, namun rancangan tersebut dibatalkan dan digantikan dengan bacaan suci ayat-ayat Alquran. 

Walaupin tiada gambar bagi menunjukkan tv3 menyiarkan rancangan tersebut tetapi saksi memaklumkan yang tv3 memang ada menyiarkan bacaan suci Alquran pada tempoh tersebut dan dibawa ke siaran azan asar dan memainkan lagu nasyid.

Dipercayai, jika tv3 terlibat dalam menyiarkan acara langsung upacara pengembumian tersebut pun rating akan lebih tinggi dari rancangan Mentor.
Insya Allah!
(IH)

Lihat...
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..

E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..

No comments:

Post a Comment