Wednesday, March 18, 2015

5 Cerita Bogel (5), Akhirnya Bogel Selepas Menjenayah.



5 cerita bogel depan umum bikin gegar dunia?    

Lihat sambungan dari..
Lima: Akhirnya Berbogel Selepas Menjenayah.

Pada 3 Mac 2013 Raymond Kallenrbeger kelihatan sedang memandu sebuah kereta minivan dengan tayar kempis. Polis kemudian cuba menghentikannya kerana telah mendapat laporan, dia didakwa merompak dengan senjata di Negara Bahagian Maryland.  

Dia merampas kereta itu.ketika dikejar polis dan hilang.  Usahanya berakhir ketika keretanya masuk ke dalam Sungai Susquehanna yang sangat sejuk. Rupanya dia tidak menyerah begitu saja. Kallenberger kemudian keluar dari keretanya dalam keadaan bogel. Dia memanjat ke atas kereta sambil melambaikan seluar dalamnya.  

Bukan itu sahaja. Menurut seorang saksi, dia juga menggoyang-goyangkan alat vitalnya. Ketika kereta curian itu akhirnya tenggelam, dia terpaksa berenang ke tepi dan di situlah dia ditangkap polis. Lalu dibawa ke hospital terdekat untuk dirawat kerana kedinginan. 

Lagi antara cerita bogel yang menggegarkan dunia.

Raymond David Kallenberger A man wanted for armed robbery and a carjacking in Maryland ended a 90-mph police chase when he drove into the Susquehanna River.

Dalam kisah ini penjenayah seolah-olah tidak takut dengan undang-undang yang ada. Undang-undang yang ada di dunia sekarang ini semacam gagal mentertibkan manusia. Malaysia contohnya, mengambil undang-undang barat 'made in England' (Lord Ried), bukan undang asal Cina atau India untuk dilaksanakan. 

Sedangkan orang Islam wajib melaksanakan undang-undang jenayahnya sendiri, seperti wajibnya orang Islam bersolat atau ibadat-ibadat lain yang diperintahkan. 

Ya, ringkasnya, mari kita renung sejenak perudangan jenayah dalam Islam.

Imbas Sikit Hukum Jenayah Dalam Islam.

Jenayah ertinya melakukan melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya. Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah. Itu falsafahnya.

Hukumnya terbahagi 3, Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

Pertama: Hudud. 

1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.  

Firman Allah 
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (229)
  •  “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” Surah al-Baqarah. 

 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
Untuk ringkaskan sila rujuk hukumannya di Kitab Fiqah. 
  • (a) Zina. 
  • (b) Qazaf (menuduh zina) 
  • (c) Minum arak 
  • (d)  Mencuri 
  • (e) Merompak 
  • (f) Riddah (murtad). 

Kedua: Qisas 

1. Pengertian qisas; 
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu. 

2. Jenis jenayah qisas; 
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga. 

3. Hukuman terhadap kesalahan qisas; 
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh. 

Firman Al-Quran maksudnya;
  • “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah ayat 45)
Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar Diat, sila rujuk Kitab Fiqah. 


Ketiga: Ta'zir.

1. Pengertian ta’zir. 

(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu. 

2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir; 

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah. 

3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir. 

(a)  Nasihat; Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
(b)  Teguran; Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
(c) Ancaman; Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
(d) Pemulauan; Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
(e) Perisytiharan umum; Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat 
(f) Denda dan merampas harta; Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah. 
(g) Penjara; Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut  pertimbangan realiti smasa.
(h) Sebat; Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti semasa.
(i) Bunuh; Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
(j) Buang daerah; Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat  dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai. 

Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir   
  • Untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku
  • Untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
  • Untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Kesimpulan:
 
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.
  1. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan      saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam. 
  2. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera. 
  3. Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.
Wallahu 'aklam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails