SEBAHAGIAN daripada GRO warga asing yang ditahan ketika serbuan Ops Noda di Kuala Lumpur semalam.
KL: Wujudnya berita '89 GRO Siam, Laos kena cekup' hari ini, menggambarkan kelemahan
kerajaan Malaysia dipimpin oleh UMNO/BN yang tidak mempu menyelasaiakan
masalah kes GRO di negara ini. Apakah di Malaysia tidak ada pemimpin
yang cekap sehingga mampu mengendalikan masalah ini hingga selesai?
Seramai 89 wanita yang menjadi pegawai perhubungan
pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di empat buah pusat hiburan
berasingan sekitar ibu kota awal pagi semalam. Operasi selama tiga jam bermula pukul 1 pagi itu dilakukan sepasukan
pegawai dan anggota dari Unit Anti Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman.
Kesemua GRO yang ditahan itu adalah warga Thailand dan Laos berumur
dalam lingkungan 22 hingga 40 tahun. Ketua operasi tersebut,
Superintendan Razali Abu Samah berkata,
terdapat beberapa orang GRO cuba melarikan diri semasa serbuan tetapi
gagal kerana kawasan premis telah dikepung polis.
Menurutnya, dua lelaki tempatan berumur 40-an yang merupakan pengurus premis turut ditahan dalam operasi tersebut.
Komen weblog Ibnu Hasyim,
"Nampaknya,
setelah lebih setengah abad Malaysia merdeka, rupanya
pemimpin-pemimpinnya tidak mampu menyelesai masalah pelacuran dari dulu
sehingga sekarang. Apalagi Malaysia sudah dinobadkan 'Islam sebagai
agama bagi Persekutun' ini.
"Contohnya, dayus sangatkah pemimpin Malaysia,
berbanding dengan seorang pemimpin wanita Datuk Bandar atau Wali
Kota Surabaya, Indonesia Risma Triharin?
"Risma terkenal kerana berjaya dalam membanteras maksiat dengan sekelip
mata.. Berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat
perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya Indonesia.
"Walaupun Indonesia sama-sama negara sekular seperti Malaysia juga." tulis editornya.
Sila lihat puluhan artikel mengenainya dalam weblog ini (klik . 'Gang Dolly' di kolum 'Taipkan Perkataan Yang Anda Cari' atas sebelah kanan. Contohnya..
Dan banyak lagi.)
Siapa orang Indonesia yang tidak kenal Datuk Bandar atau Wali
Kota Surabaya, Risma Triharini ini? Beliau terkenal dalam membanteras maksiat pelacuran dengan sekelip
mata, berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat
perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya.
(IH)
No comments:
Post a Comment