Thursday, March 05, 2015

Bakar Semua Poster Filem Aksi Datuk Shahrukh Khan -BJP/MP

Trio Khan didakwa ancam generasi muda di India
Dikatakan Trio Khan ini telah merugikan negara kerana peranan mereka mempromosikan adegan yang menggunakan kekerasan.

HALAMAN HIBURAN
KL: Pengikut sayap kanan Hindu di India disaran agar membakar semua poster filem aksi Datuk Shahrukh Khan yang dapat gelaran 'Datuk' di Malaysia, bersama dua lagi rakan 'Trio Khan' iaitu Aamir Khan dan Salman Khan, juga filem aksi Hrithik Roshan yang sedia ada di sana.

Bahkan anak-anak muda mereka seluruhnya juga disaran supaya tidak lagi menonton lagi filem aksi Trio Khan tersebut.

Perkara ini timbul, apabila sebuah berita mengejutkan datang dari dunia politik India selepas salah satu parti yang berkuasa di sana, BJP MP, menuduh bahawa trio Khan iaitu Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Salman Khan tidak layak untuk beraksi di layar perak atau televisyen.

Menurut perwakilan parti tersebut, Sadhvi Prachi, trio Khan ini telah merugikan negara kerana peranan mereka mempromosikan adegan yang menggunakan kekerasan. Tidak hanya trio Khan, Hrithik Roshan juga turut dipersalahkan kerana bertanggungjawab atas kebanyakan tindakan kekerasan yang dilakukan masayarakat India.

“Saya pernah bertanya kepada seorang anak kecil yang mengaku ingin menjadi seperti Hrithik Roshan, Shahrukh Khan, Salman Khan, dan Aamir Khan. Saya soal mengapa, jelasnya  mereka sangat bagus apabila bertarung dan melakukan adegan kekerasan," ujar Sadhvi kepada pihak media.

Jawapan tersebut membuatkan parti BJP MP mencetuskan saranan di atas. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails