Sunday, March 01, 2015

Belia, Paling Ramai Rasuah, Salah Siapa?

Warga Malaysia mengaku bersalah rasuah Tentera Laut AS puluhan juta dolar
Seorang kontraktor warga Malaysia mengaku bersalah atas dakwaan melakukan penipuan dan rasuah kepada pegawai rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), pada awal tahun ini. 


KUANTAN – Golongan belia berusia lingkungan 15 hingga 35 tahun dikenal pasti paling ramai terlibat dalam kes rasuah di negara ini sekali gus menunjukkan tahap kefahaman mereka berkaitan menerima dan memberi suapan masih rendah.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil (gambar) berkata, statistik menunjukkan 54 peratus iaitu kira-kira 5,000 kes yang dikendalikan dalam tempoh 2003 hingga 2012 membabitkan golongan berkenaan.

Katanya, pembabitan golongan belia dikenal pasti berpunca daripada tahap pemahaman mereka masih rendah selain kurang terdedah mengenai kesalahan rasuah hingga mendorong melakukannya.


Siapa bersalah? Adakah kerana guru (pemimpin) kencing berdiri, murid (belianya) kencing berlari?

No comments:

Post a Comment