Hadiah/Mahar Kahwin Bacaan Al-Quran. Jadikan Budaya?
Perkahwinan Puteri Aagym.
JAKARTA: KH Abdullah Gymnastiar mengahwinkan puteri ketiganya, Ghaitsa Zahira dengan seorang pemuda bernama Maulana Yusuf. Sebelum melaksanakan perkahwinannya itu, Yusuf terlebih dahulu
membacakan Al-Quran sebanyak 30 juz dibantu lima orang ustaz dan santir
dari Pondok Pesantren Daarut Tauhid, Indonesia.
Pembacaan Al-Quran ini berlangsung sejak Jumaat (6/3) pukul 07.30 WIB (waktu Indonesia barat). Kegiatan ini baru berjaya diselesaikan secara bergilir sehari selepas kira-kira pukul 08.00 WIB.
"Ikhwannya murojaah (mengulang kembali hafalan Al-Quran dari juz 1
hingga juz 30 dari pukul 08.00 pagi, 6 Mac hingga pukul 08.00 pagi, 7
Mac 2015 sebagai hadiah untuk sang pengantin akhwat," tulis Mayangsari
Nirmala Dewi dalam akaun instagramnya nirmaladewi_.
Ayah Ghaitsa, Aa Gym pun mendengarnya dengan khusyuk. Saat hafalan sudah mencapai surat 3qul atau Ayat Kursi, Aa Gym langsung menyambutnya dengan proses ijab kabul.
"Apabila sudah masuk surat 3qul, semua deg-degan kerana langsung disambung proses ijab qabul. Masya Allah," katanya.
Maulana mengaku hafalan Alquran ini bukanlah mahar. Dia tetap memberikan mas kawin berupa emas 10 gram dan uang satu dirham.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pernah Terjadi Di Zaman Nabi.
Termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari Muslim. Dalam hadis tersebut terdapatlah seorang lelaki fakir yang ingin menikahi wanita idamannya.
"Dari
Sahl bin Sa'id As-Sai'di, ia berkata: Sesungguhnya aku berada pada
suatu kaum di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba
berdirilah seorang wanita seraya berkata,
" Wahai Rasulullah,
sesungguhnya dia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikanlah dia, bagaimana menurutmu. "
Beliau pun diam dan tidak menjawab sesuatu. Kemudian
berdirilah wanita itu dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia
telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikanlah dia, bagaimana
menurutmu." Beliau pun diam dan tidak menjawab sesuatu pun.
Kemudian ia pun berdiri untuk yang ketiga kalinya dan berkata,
"Sesungguhnya ia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikan dia,
bagaimana menurutmu."
Kemudian berdirilah seorang lelaki dan berkata, "Ya Rasulullah, nikahkanlah saya dengannya."
Beliau pun menjawab, "Apakah kamu mempunyai sesuatu?"
Ia berkata, "Tidak."
Kemudian beliau pun berkata, "Pergilah dan carilah (mahar) walaupun cincin dari besi."
Kemudian ia pun mencarinya dan datang kembali kepada Rasulullah
SAW sambil berkata, "Saya tidak mendapatkan
sesuatupun walaupun cincin dari besi."
Maka Rasulullah bersabda, "Apakah ada bersamamu (hafalan) dari Al-Qur'an?"
Ia berkata, "Ada, saya hafal surat ini dan itu."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Pergilah,
telah aku nikahkan engkau dengan dia dengan mahar berupa Al-Qur'an yang
ada padamu."
Dari hadis tersebut diketahui bahawa Rasulullah membenarkan calon pengantin memakai hafalan ayat Al-Quran sebagai mahar. Hadis ini pun menjadi bukti bahawa ayat suci Al-Quran mampu menjadi pengikat pernikahan yang suci.
Bolehkah dijadikan adap dan budaya menghadiahkan atau sebagai mas kahwin, dengan bacaan Al-Quran dalam upacara perkahwinan orang Islam di negara ini? (IH)
No comments:
Post a Comment