Warga Vietnam yang dicekup dalam serbuan di sebuah rumah urut..
KL: INI, lagi bisnes najis zina, haram dari kacamata agama bagi negara Persekutuan ini, dan haram tiada lesen perniagaan se sudah dua bulan lalu beroperasi. Apa pihak berwajib negara ini sudah buta?
Hal ini dipersoalkan, apabila Berita Harian mendedahkan...
"Tayangan video lucah kepada pelanggan sebelum
menawarkan perkhidmatan seks, itulah taktik yang dikesan berlaku di
sebuah pusat urut di Jalan Radin Anum, Sri Petaling di sini, untuk
menarik pelanggan.
"Bagi membangkitkan lagi rasa ghairah, pelanggan akan disajikan
pelbagai jenis tayangan ‘istimewa’ sementara menunggu wanita pilihan
mereka. Bagaimanapun, taktik menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan pasukan
Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG)
pada malam tadi." Lapor Berita Harian.
Operasi yang diketuai Superitendan Fazlisyam Abd Majid pada jam 10.30
malam itu berjaya menahan 20 wanita warga asing membabitkan 11 warga
Vietnam, enam warga Thailand dan tiga warga Indonesia. Turut ditahan, 10
pekerja tempatan.
“Modus operandi yang digunakan adalah dengan pelanggan memilih
pekerja wanita yang mereka mahu di tingkat tiga sebelum membawa mereka
ke tingkat dua untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral.
“Malah, pemilik premis turut didapati menayangkan video lucah di
sekitar aras berkenaan dipercayai bagi menarik pelanggan. Harga yang
ditawarkan untuk perkhidmatan urut dan seks adalah RM180,” katanya
kepada BH sejurus selesai operasi.
Katanya, siasatan pihaknya turut mendapati terdapat laluan rahsia di
tingkat tiga yang dihubungkan hingga ke tingkat bawah bagi membolehkan
pekerja melarikan diri sekiranya terdapat serbuan.
“Premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan ini didapati beroperasi secara haram sekitar dua bulan lalu.
“Pemilik didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372 (A) dan
372 (B) Kanun Keseksaan serta kesalahan mengikut Akta Imigresen,”
katannya.
Dalam operasi yang disertai empat pegawai dan 12 anggota itu juga,
polis turut merampas beberapa kotak kondom, pelincir, tiga telefon
bimbit, kondom terpakai, resit urus niaga dan wang tunai, lapor Berita
Harian lagi.
Apakah pihak berwajib masih buta dan tambah pekak lagi? (IH)
No comments:
Post a Comment