Ini whatsapp fitnah cuba lagakan Dr Dzulkefly Ahmad dengan YB Mahfuz.
Whatsapp Palsu Lagakan Dr. Dzul Dengan Mahfuz Disebarkan
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa
terdapat pihak yang menfitnahnya dengan menyebarkan ‘screenshot‘
perbualan aplikasi Whatsapp yang telah disunting.
Katanya, perbualan tersebut tidak pernah wujud dan ia sebenarnya telah
disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat buruk.
“Itu bukan gambar profil Whatsapp saya dan saya tidak pernah bertanyakan soalan berkenaan.
“Perbualan melalui Whatsapp antara saya dengan individu yang tidak
dikenali menunjukkan seolah-olah saya mempertikaikan kewibawaan Ketua
Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar,” katanya ketika dihubungi The Rakyat
Post.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak
mahu menuduh mana-mana pihak dalang di sebalik penyebaran fitnah itu.
Keratan aplikasi Whatsapp Dr. Dzulkefly yang tersebar menyatakan bekas
anggota elit polis, Koperal Sirul Azhar Umar enggan berjumpa dengan
Datuk Mahfuz Omar dan hanya hendak berjumpa dengan keluarganya sahaja.
- therakyatpost
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
No comments:
Post a Comment