NICOL memenangi dua pingat emas
Sukan Asia Incheon dan satu pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow
selain muncul juara Kejohanan Dunia, Terbuka Britain serta Terbuka Hong
Kong.
SUKAN
RATU skuasy negara umat Islam Malaysia, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Atlet
Terbaik Majlis Anugerah Sukan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia
(SAM)-100Plus 2014 buat kali ketiga di Hotel Hilton, Petaling Jaya
semalam.
Pemain No. 1 dunia itu pernah merangkul anugerah tersebut pada tahun
2005 dan 2007 serta turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas
SAM-100Plus 2014.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengetepikan saingan hebat empat
calon lain iaitu Sazali Abdul Samad (bina badan), Mohd. Hafifi Mansor
(angkat berat), Mohd Zaqhwan Zaidi (pelumba motosikal) dan Lim Chee Wei
(karate) yang turut tersenarai sebagai calon akhir Anugerah tersebut.
Nicol yang tidak menghadiri majlis itu kerana berada di luar negara
dan diwakili bekas rakan sepasukannya, Sharon Wee untuk membawa pulang
hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi yang disampaikan oleh Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Mampukah kerajaan Malaysia, memajukan lagi pakaian atlet perempuannya, supaya sesuai dengan negara umat Islam yang bermaruah? (IH)
No comments:
Post a Comment