Monday, March 16, 2015

Dr Zuhdi Dedah Bukti Wujud Kumpulan Bermasalah..


wacanadrzuhdi

Klana jaya: Dr Zuhdi Marzuki mendedahkan sebahagian bukti yang mengukuhkan dakwaan beliau yang terdapat kumpulan kumpulan dalam PAS sejak 1998 dalam wacana beliau bersama Khalid Samad pada minggu lepas.

Dalam wacana di Klana Jaya tersebut, Dr Zuhdi mendedahkan bagaimana terdapatnya kumpulan dalam PAS melalui Kajian yang ditulis oleh Liew Chin Tong pada 2005. Dalam Tulisan Liew Chin Tong itu, dinyatakan pembentukan jawatankuasa khas untuk kertas kerja negara ISLAM yang disebut oleh Almarhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Noor pada muktamar 2002. Beliau menyebut tokoh tokoh yang dinamakan oleh Liew Chin Tong ialah Dato Kamaruddin Jaafar, Dr Zulkefley Ahmad , Dato Hassan Ali dan beberapa yang lain tanpa kemahiran daripada anggota Dewan Ulama atau ahli ahli senior PAS yang lain.

Melalui kertas kerja yang dibongkar oleh Liew Chin Tong itu, kumpulan dalam PAS dibahagi kepada Mainstreamers dan Purist. Mainstreamers diwakili oleh golongan golongan yang diwakili Dato Kamaruddin jaafar dan Dr Dzulkefley Ahmad , manakala golongan Purist diwakili oleh golongan pro Ulama seperti Ustaz Hassan Shukri dan Ustaz Harun Taib. Juga disebut tentang strategi dua lapis yang dikemukakan oleh mainstreamers untuk digunapakai dalam strategi PAS dalam demorkasi Malasyia.

Dalam wacana tersebut, Khalid Samad gagal menjawab permasalahan yang dibawa oleh Dr Zuhdi Marzuki, sebaliknya beremosi dan menggunakan jawapan yang keliru dan menjawab persoalan dengan berdiri yang melihatkan keresahan beliau dalam menangani fakta yang dibawa oleh Dr Zuhdi Marzuki.

Kesempatan menutup wacana memberi peluang kepada Khalid Samad bermain sentimen dan memukul peribadi Dr Zuhdi Marzuki terutama dengan isu printscreen whatsapp yang menjadi isu pada akhir tahun lepas. (MTD)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails