DALAM sebuah acara penganugerahan semalam di hotel Al Faisaliah, Ibu Kota Riyadh, Raja Arab Saudi Salman Abdul Aziz memberikan hadiah paling berprestij buat seorang ulama India bernama Zakir Naik, 49 tahun, atas jasanya kepada Islam.
Tetapi media barat menyebutnya sebagai 'ulama kontroversi'. Dikatakan kerana Zaki Naik sebelumnya pernah berkata, kitab suci Al-Quran membolehkan seorang muslim berhubungan seks dengan 'hamba' perempuan. Dia juga pernah menyatakan bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush adalah dalang di balik peristiwa Serangan 11 September 2001.
Akhbar the Daily Mail melaporkan, Selasa (3/3), dalam acara itu Naik menerima hadiah berupa wang. Dia termasuk lima orang yang menerima pingat emas, sijil berhiaskan kaligrafi Arab dan pelbagai hadiah lain.Pada 2010 Naik dilarang masuk ke UK kerana pandangan-pandangan beliau yang dituduh bernada menyebarkan kebencian.
Sekilas Mengnai Dr Zaki Naik:
Dr.Zakir Naik, president of the Islamic Research Foundation of India, mendapat anugerah King Faisal International Prize (KFIP) untuk kategori Service to Islam atau Perkhidmatan untuk Islam. Pengumuman disampaikan oleh Gabenor Mekah, Putera Khaled Al Faisal dan Setiausaha Agung KFIP, Abdullah Othaimeen di Al Khozama Center Riyadh, Saudi Arabia pada hari Selasa malam (03/02/2015)
King Faisal Award merupakan anugerah tahunan yang ditaja King Faisal Foundation kepada orang-orang yang berdedikasi dan memberi sumbangan yang positif dengan lima kategori, Service to Islam, Islamic studies, Arabic Linguage and Literature, Science, Medicine. Pertama kali diberikan pada tahun 1979.
Dari Indonesia tercatat Dr. Mohammad Natsir pernah menerima penghargaan ini untuk kategori Service to Islam pada tahun 1980.
Dr. Zakir Naik dinilai sebagai ilmuwan Islam diluar Arab yang terkenal mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu perbandingan agama. Pengasas channel TV dengan nama Peace TV ini merupakan satu-satunya siaran di dunia yang mengkhususkan acara pada perbandingan agama dengan jumlah penonton yang cukup besar. Videonya di Youtube juga tersebar cukup banyak.
Nama asal beliau adalah Zakir Abdul Karim, lahir pada 18 Oktober 1965 di Mumbai (Bombay pada masa itu). Beliau adalah seorang penceramah awam Muslim India, dan penulis keislaman serta ilmu perbandingan agama. Profesyennya adalah seorang doktor perubatan, memperoleh gelar Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra.
Sejak 1991 beliu terlibat sebagai seorang ulama dalam dakwah Islam dan perbandingan agama. Selain hapal Al Quran serta hadis Shahih Bukhari Muslim, beliau juga menguasai kitab Weda, Tripitaka, Bhagavad Gita. Sudah mengislamkan ribuan Hindu India dan mampu mengislah pastor dan pendeta jika mereka salah dalam mengutip ayat-ayat dalam Bibble atau Injil. (IH)
No comments:
Post a Comment