Tuesday, March 10, 2015

Ini Dia Hero Pembunuh Pembangkang Rusia Yang Sokong Penghina Nabi.



KL: Mungkin inilah hero atau mujahidin yang disanjung oleh sebahagian pencinta-pencinta Nabi Muhammad SAW. Dia adalah Zaur Dadayev, seorang Muslim bekas komander anggota polis Chechnya yang berjaya membunuh pemimpin pembangkang Rusia Boris Nemtsov.

Boris Nemtsov adalah penyokong kuat mempertahankan akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo dalam menghina Nabi orang Islam itu, yang juga bekas timbalan perdana menteri, telah ditembak mati minggu lalu.

Demikian pandangan Weblog Ibnu Hasyim.

Perkara ini didedahkan oleh Gabenor Chechnya, Ramzan Kadyrov yang secara peribadi mengenali suspek. Zaur Dadayev, adalah salah seorang daripada lima orang yang telah ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh.

Ketika Nemtsov, 55, mati ditembak minggu lalu, media-media massa tempatan mendakwa dia telah menjadi mangsa pembunuhan politik kerana lantang mengkritik pemerintahan Presiden Vladimir Putin khususnya dalam insiden pencerobohan ke atas wilayah Ukraine oleh tentera Rusia.

Dalam pos Instagram terbarunya, Ramzan Kadyrov menulis:

"Mereka yang mengenali Zaur (Dadayev) akan mengesahkan yang dia adakan seorang Muslim yang sejati dan sepertimana seluruh masyarakat Islam yang lain di seluruh dunia, terkejut dengan tindak tanduk Charlie (Hebdo) dan komen-komen yang dilontarkan berhubung penggunaan kartun Nabi Muhammad."

Pada Januari baru-baru ini, pejabat akhbar tersebut di Paris telah diserang oleh dua orang yang marah dengan tindak tanduk akhbar tersebut mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad. Serangan tersebut mengorbankan 12 orang termasuk beberapa pengarang akhbar berkenaan dan juga dua orang anggota polis.

Tidak lama selepas insiden tersebut, Kadyrov dan beribu warga Chechnya yang lain telah berarak di jalan raya di ibu negara tersebut iaitu Grozny membantah tindak tanduk akhbar berkenaan meneruskan agendanya mempersendakan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, Kadyrov turut mengesahkan yang Dadayev adalah bekas anggota pasukan polis Chechnya dan telah berkhidmat dengan cemerlang. Bagaimanapun, kenyataan Kadyrov itu diterima dengan penuh berhati-hati kerana dia dikenali sebagai seorang penyokong kuat Vladimir Putin di wilayah bergolak itu. Dia dilantik oleh Putin sebagai gabenor Chechnya lebih 10 tahun yang lalu.

Pada Ahad, Dadayev dan empat lagi telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan bertanggungjawab membunuh Nemtsov. Dadayev mengaku bertanggungjawab di atas perbuatannya itu manakala yang lain tidak mengaku bersalah.

Mahkamah dimaklumkan yang Dadayev, 33, telah berkhidmat selama 10 tahun bersama satu batalion di bawah Kementerian Dalam Negeri Chechnya. Selain dia, seorang lagi suspek dikenali sebagai Anzor Gubashev, yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan di sini. Dia menafikan sebarang pengterlibatannya dalam kes tersebut. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

Post a Comment