Monday, March 23, 2015

Ini Panduan Sertai ISIS. Tawarannya, Boleh Perkosa Tahanan?










   
Bendera ISIS. 

NEGARA Islam Iraq dan Syria (ISIS) kali ini mengeluarkan satu panduan perjalanan bagi calon pen'jihad' yang ingin ikut menyertainya. Panduan perjalanan tersebut dikemas dalam bentuk buku 50 halaman dengan judul 'Hijrah', atau sering disebut dengan 'imigresen suci.' 

Buku tersebut khusus ditujukan kepada muda-mudi di seluruh dunia, terutamanya di Eropah. Buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu menawarkan calon anggota ISIS untuk hidup di Turki sebelum bergabung dengan mereka.

"Calon sebaiknya menghabiskan masa di Turki dulu dalam beberapa waktu, sesudah semuanya lancar, kamu akan kami bantu menyelinap melintasi sempadan ke Syria tanpa tertangkap," kutip akhbar Daily Mail, Minggu (22/3).

Sementara itu, peralatan yang perlu dibawa calon penjihad atau jihadis, disebutkan seperti bateri, pelindung lutut dan siku, teropong, peralatan mendaki, sudu, dan juga garpu. Panduan ini dibuat agar semakin ramai yang tertarik untuk bergabung dengan ISIS. Banyak muda-mudi Eropah yang memang bergabung dengan ISIS. Wanita dan lelaki berlumba untuk dapat bergabung dengan kumpulan Islam 'radikal' ini. 

Awal tahun ini, ada tiga gadis muda yang berasal dari sekolah yang sama di London Timur, menyeberang dari Turki untuk dapat jadi sebahagian dari pengantin ISIS. Diduga, mereka mengikuti jejak rakannya yang pada Disember tahun lalu pergi untuk bergabung jadi pengantin kumpulan ini. 

Sebelumnya, ISIS juga pernah mengeluarkan keluaran bagaimana melayan tahanan wanita mereka. Dalam keluaran tersebut dikatakan, tahanan boleh di'perkosa' oleh militan ISIS.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada sesuatu yang ganjil dalam berita ini..

'ISIS juga pernah mengeluarkan keluaran bagaimana melayan tahanan wanita mereka. Dalam keluaran tersebut dikatakan, tahanan boleh di'perkosa' oleh militan ISIS.'

Mungkin erti 'diperkosa'  seperti di atas ialah 'memperkosa' tawanan. Ianya suatu tawaram untuk lelaki menyertai ISIS? Bahkan pula, menariknya, makin ramai anak gadis yang ingin menyertainya? Adakah iapun dapat tawaran seperti lelaki dalam hal tahanan?

Yang penting apa rahsia sebenarnya dalam hal menyertai ISIS? 1001 tandatanya?
 (IH)


Sila lihat.. 

1 comment:

Anonymous said...

ISIS ni bukannya betul pun perjuangannya. Tidak menghairankan kalau ada tawaran perkosa tahanan wanita ni. "KHALIFAH" Abu bakar Baghdadi ni barua Israel yang ditugaskan untuk memburukkan imej Islam. Ustaz Datuk Harun Din Mursyidul Am PAS yang baru kata perjuangan ISIS ni bukan FISABILILLAH TAPI FISABILSYAITAN. Tengok militan ISIS ni pun perangai mereka memang macam syaitan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails