Friday, March 13, 2015

Israel Seru Pancung Kepala Orang Arab. Ikut Cara ISIS?

Menlu Israel Serukan Pemenggalan Kepala Orang Arab

MENTERI Luar Negara Israel Avigdor Lieberman membuat kenyataan kontroversi, mengancam untuk memancung kepala orang-orang Arab di Israel yang dituduhnya tidak setia.

Dipetik dari laman Turki, Daily Sabah, pada Khamis, 12 Mac 2015, media-media besar antarabangsa telah memilih untuk mengabaikan kenyataan kontroversi Lieberman itu. Tetapi, pihak berkuasa Palestin mengatakan akan membawa pemimpin Parti Beiteinu itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), atas kenyataan pada Ahad, 8 Mac 2015 lalu.


Namun Lieberman menjawab ancaman Palestin itu dengan respons yang lebih kasar, menyebut dia akan menjawab soal tuntutan ke ISS itu, apabila dia menjadi menteri pertahanan selepas pilihan raya minggu depan.


Media-media antarabangsa seolah-olah berusaha melindungi Israel, dengan memilih tidak memberitakan kenyataan kontroversi Lieberman. Jurucakap Kementerian Luar AS juga baru mengeluarkan respons, setelah sorotan terhadap kenyataan Lieberman terus meningkat di media sosial.


"Kenyataan itu (Lieberman) sangat mengganggu. Saya ingin menekan seruan kami bagi semua orang untuk mengelakkan tindakan provokatif, dan retorik semacam ini," kata jurucakap Jabatan Luar Negara AS pada Daily Sabah.


Lieberman berkata, orang Israel perlu ambil kapak dan pancung orang-orang Arab di Israel yang tidak setia, semasa kempen pilihan raya di bandar Herzliya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Barangkali, memancung atau menyembelih itu banyak hikmahnya. Itu sebab dalam memakan daging binatang, Islam menggunakan kaedah menyembelih. Tidak main ketuk sahaja, walaupun kadang-kadang cara ketuk itu nampak lebih cepat mati dari sembelihan.

Bahkan ibubapa digalakkan membawa anak-anaknya melihat upacara penyembelihan pada Hari Raya Korban, lihat darah mengalir dari sembelihan tersebut. Mungkin kerana hikmah itulah ISIS guna cara sembelih atau pancung musuh-musuhnya. Dan sekarang Israel pula, walaupun sebelum ini sudah ramai rakyat Palestin jadi mangsa sembelihan mereka.

Apakah Israel pula berminat ikut cara ISIS? Mengapa awalnya AS diam membisu mendengar ugutan ganas Israel itu? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails