Malah Emwazi,26, yang telah membunuh beberapa orang warganegara Barat termasuk dua orang rakyat British langsung tidak menunjukkan sebarang kekesalan di atas perbuatannya itu.
The Sunday Times sebelum ini melaporkan Emwazi telah menghantar pesanan memohon maaf melalui pihak ketika di atas 'masalah-masalah dan kesusahan sejak identitinya tersebar'. Sementara itu, Perdana Menteri Kuwait memberitahu Jasem (bapa Emwazi) agar menjauhkan diri dari anaknya atau tinggalkan negara itu.
Sesungguhnya jihad itu apabila ia menjadi fardhu ain ke atas setiap mukallaf
yang mampu, maka wajib ke atasnya pergi berjihad, tidak boleh ia duduk walau
apa keadaan. Sekalipun tidak dizinkan oleh kedua ibubapnya atau salah seorang
daripadanya untuk pergi kerana duduk (tidak pergi berjihad) itu adalah maksiat
:
لا طاعة لمخلوق في معصية الله عز و جل
- “Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam melakukan maksiat kepada khalik”[2]
Apabila
jihad itu menjadi fardhu kifayah, sebahagiannya pergi pun sudah memadai, maka
gugurlah kewajipan yang lain. Pada waktu itu tidak lagi dianggap maksiat bagi
mereka yang tidak pergi berjuang fi sabilillah. Apabila dia pergi juga dalam
keadaan mengecilkan hati kedua ibu bapanya, maka sesungguhnya dia telah
menderhakai mereka. Tidak dapat tidak dia mestilah meminta izin daripada
mereka.
Di dalam suatu hadith :
Di dalam suatu hadith :
عن أبي العباس الشاعر قال :
سمعت عبد الله ابن عمر يقول :
جاء رجل إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يستأذنه في الجهاد، فقال: أَحَيٌّ والداك قال نعم. قال: ففيهما فجاهد
- Daripada Abu al Abbas berkata aku mendengar Abdullah Bin Umar berkata, seorang lelaki telah dating kepada Nabi s.a.w meminta izin untuk pergi berjihad, sabda Nabi s.a.w “Adakah kedua ibu bapa engkau masih hidup ?” dia menjawab ya ! Sabda Nabi s.a.w “Berkhidmatlah pada mereka berdua kerana itu juga adalah jihad”
Di dalam riwayat Muslim:
ارجع إلى والديك فأحْسِن صُحْبَتَها
- “Pulanglah kepada kedua ibu bapa engkau dan perelokkanlah pergaulan dengan mereka berdua”
Di
dalam riwayat yang lain daripada Abu Daud dan Ibn Hibban :
ارجع فأضحِكهما كما أبكيتهما
- “Pulanglah engkau kepada mereka berdua dan bagilah mereka ketawa sebagaimana engkau bagi mereka berdua menangis”
ارجع فاستأذنهما فإن أَذِنَا لك فجاهد وإلا فبِرَّ
هُمَا
- “Pulanglanglah engkau dan mintalah izin daripada mereka, sekiranya mereka izinkan maka pergilah berjihad dan jika tidak berkhidmatlah pada mereka berdua”[3]
قال الحافظ في الفتح: وجمهور العلماء على أنه يُحَرَّمُ الجهاد إذا منع الأبوان أو أحدهما منه بشرط أن يكونا مسلمين؛ لأن بِرَّهُمَا فرض عين، والجهاد فرض كفاية، فإذا تَعَيَّنَ الجهاد فلا إذنَ
- Kata al Hafiz di dalam al Fath : “Jumhur ulama’ mengharamkan keluar berjihad, apabila dihalang oleh kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya dengan syarat mereka adalah Muslim, kerana berbuat baik kepada mereka berdua adalah fardhu ain, jihad pula adalah fardhu kifayah. Apabila jihad itu menjadi fardhu ain maka tidak perlu lagi keizinan”
Di
dalam hadith yang lain :
جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فسأله عن أفضل الأعمال قال: الصلاة. قال: ثم
مَهْ؟ قال: الجهاد. قال: فإنَّ لِي والدَينِ. فقال: آمرك بوالديك خيرًا. فقال:
والذي بعثك بالحق نبيًّا لأجاهِدَنَّ ولأَتْرُكَنَّهما. قال: فأنت أعلم
- Seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w, lalu bertanya tentang amalan apakah yang paling afdhal, jawab Nabi s.a.w “Solat” kemudian dia bertanya lagi apa? Jawab Nabi s.a.w : Jihad” dia berkata “Sekiranya aku mempunyai kedua ibu bapa ? Maka sabda Nabi s.a.w “Aku perintahkan engkau supaya melakukan kebaikan kepada mereka” Dia berkata “Demi yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, aku akan pergi berjihad dan tidak akan sekali-kali meninggalkan mereka berdua” Sabda Nabi s.a.w “Engkau yang lebih tahu”[4]
قال ابن حزم في المُحَلَّى:
ولا يجوز الجهاد إلا بإذن الأبوين إلا إن نَزَلَ العدو بقوم من المسلمين ففَرْضٌ على كل من يُمْكِنه إعانتهم أن يقصدهم مُغِيثًا لهم، أَذِنَ الأبوان أم لم يَأْذَنَا إلا أن يَضِيعَا أو أحدهما فلا يَحِلُّ له تَرْك من يَضِيعُ منهما
Kata Ibn Hazm
di dalam al Muhalla :
- “Tidak harus keluar berjihad melainkan dengan izin kedua ibu bapa, melainkan setelah musuh turun menyerang kaum Muslimin, maka ketika itu wajib ke atas kaum Muslimin membantu mereka, samaada diizinkan atau pun tidak, walau bagaimanapun tidak boleh mengabaikan kedua ibu bapa”
Wallahua’alam.
Terj: Faiz Tanzizi 2012 (http://mengajikitab.blogspot.com)
Rujukan:
[1] Fatawa Syeikh Husnain Muhammad Makhluf, Maktabah Syamilah, Isdar Makki, keluaran ketiga, soalan 16
[1] Fatawa Syeikh Husnain Muhammad Makhluf, Maktabah Syamilah, Isdar Makki, keluaran ketiga, soalan 16
[2]
Riwayat Ahmad (1095)
[3]
Riwayat Ibn Hibban (422)
[4]
Riwayat Ahmad (6602)
Lihat juga kisah Jihadi John ini..
Lihat juga kisah Jihadi John ini..
- Tukang Pancung Kepala IS Asal Dari Universiti Ini....
- Memburu Jihadi John: 60 Pasukan SAS Dikirim Ke Ira...
- Bapa Penyembelih ISIS Balik Kampung Dari London Ke...
No comments:
Post a Comment