Wednesday, March 11, 2015

Jihadi John: Mohon Maaf Pada Ibubapa, Tarbiah Baik Dari ISIS?


Mayat para tawanan itu tampak digantung terbalik dengan posisi kaki di atas.
8 mayat tawanan digantung terbalik di pintu masuk Hawija, Iraq pada Sabtu 7 Mac
 
TERSEBAR berita, Mohammed Emwazi atau lebih dikenali dengan Jihadi John memohon maaf kepada keluarganya disebabkan identitinya sebagai penyembelih ISIS sudah tersebar. Hal ini membuktikan bahawa ia seorang yang baik atau menjadi baik semasa berada dalam ISIS atau ditarbiahkan oleh pimpinan ISIS.
 
Perkara ini dilihat berikutan dengan sikapnya yang menghormati ibubapa dan keluarganya walau pun sudah lama berpisah jauh.  Namun ia tetap dengan perjuangannya, sebab itu ia memohon maaf kerana identitinya sebagai penyembeleh telah tersebar tetapi bukan kerana memenggal kepala tebusan rakyat negara Barat.

Malah Emwazi,26,  yang telah membunuh beberapa orang warganegara Barat termasuk dua orang rakyat British langsung tidak menunjukkan sebarang kekesalan di atas perbuatannya itu. 
 
Keluarganya dinasihat meninggalkan rumah mereka bernilai £600,000 (RM3,333,494) demi keselamatan dan kini emaknya bersama enam adik-beradik yang lain berada di sebuah lokasi rahsia di bawah penjagaan polis. Manakala bapanya dan kakak sulung Emwazi berada di Kuwait.

The Sunday Times sebelum ini melaporkan Emwazi telah menghantar pesanan memohon maaf melalui pihak ketika di atas 'masalah-masalah dan kesusahan sejak identitinya tersebar'. Sementara itu, Perdana Menteri Kuwait memberitahu Jasem (bapa Emwazi) agar menjauhkan diri dari anaknya atau tinggalkan negara itu.
 
Timbul persoalan sekarang, adakah keluar pergi berjihad tanpa restu ibubapa itu adalah 'salah' dari sudut agama Islam atau boleh disifatkan sebagai anak derhaka? Walaupun belum jelas pemergian Jihadi John itu tidak direstui ibubapanya..

Antara Jihad Dan Taat Dua Ibu Bapa. 
 
Menurut fatwa Syeikh Hasanain Makhluf [1]..


Sesungguhnya jihad itu apabila ia menjadi fardhu ain ke atas setiap mukallaf yang mampu, maka wajib ke atasnya pergi berjihad, tidak boleh ia duduk walau apa keadaan. Sekalipun tidak dizinkan oleh kedua ibubapnya atau salah seorang daripadanya untuk pergi kerana duduk (tidak pergi berjihad) itu adalah maksiat :
لا طاعة لمخلوق في معصية الله عز و جل
  • “Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam melakukan maksiat kepada khalik”[2]
Apabila jihad itu menjadi fardhu kifayah, sebahagiannya pergi pun sudah memadai, maka gugurlah kewajipan yang lain. Pada waktu itu tidak lagi dianggap maksiat bagi mereka yang tidak pergi berjuang fi sabilillah. Apabila dia pergi juga dalam keadaan mengecilkan hati kedua ibu bapanya, maka sesungguhnya dia telah menderhakai mereka. Tidak dapat tidak dia mestilah meminta izin daripada mereka. 

Di dalam suatu hadith :
عن أبي العباس الشاعر قال : سمعت عبد الله ابن عمر يقول : جاء رجل إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يستأذنه في الجهاد، فقال: أَحَيٌّ والداك قال نعم. قال: ففيهما فجاهد
  • Daripada Abu al Abbas berkata aku mendengar Abdullah Bin Umar berkata, seorang lelaki telah dating kepada Nabi s.a.w meminta izin untuk pergi berjihad, sabda Nabi s.a.w “Adakah kedua ibu bapa engkau masih hidup ?” dia menjawab ya ! Sabda Nabi s.a.w “Berkhidmatlah pada mereka berdua kerana itu juga adalah jihad”
Di dalam riwayat Muslim:
ارجع إلى والديك فأحْسِن صُحْبَتَها
  • “Pulanglah kepada kedua ibu bapa engkau dan perelokkanlah pergaulan dengan mereka berdua”
Di dalam riwayat yang lain daripada Abu Daud dan Ibn Hibban :
ارجع فأضحِكهما كما أبكيتهما
  • “Pulanglah engkau kepada mereka berdua dan bagilah mereka ketawa sebagaimana engkau bagi mereka berdua menangis”
ارجع فاستأذنهما فإن أَذِنَا لك فجاهد وإلا فبِرَّ هُمَا
  • “Pulanglanglah engkau dan mintalah izin daripada mereka, sekiranya mereka izinkan maka pergilah berjihad dan jika tidak berkhidmatlah pada mereka berdua”[3]
قال الحافظ في الفتح: وجمهور العلماء على أنه يُحَرَّمُ الجهاد إذا منع الأبوان أو أحدهما منه بشرط أن يكونا مسلمين؛ لأن بِرَّهُمَا فرض عين، والجهاد فرض كفاية، فإذا تَعَيَّنَ الجهاد فلا إذنَ
  • Kata al Hafiz di dalam al Fath : “Jumhur ulama’ mengharamkan keluar berjihad, apabila dihalang oleh kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya dengan syarat mereka adalah Muslim, kerana berbuat baik kepada mereka berdua adalah fardhu ain, jihad pula adalah fardhu kifayah. Apabila jihad itu menjadi fardhu ain maka tidak perlu lagi keizinan”
Di dalam hadith yang lain :
جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم  فسأله عن أفضل الأعمال قال: الصلاة. قال: ثم مَهْ؟ قال: الجهاد. قال: فإنَّ لِي والدَينِ. فقال: آمرك بوالديك خيرًا. فقال: والذي بعثك بالحق نبيًّا لأجاهِدَنَّ ولأَتْرُكَنَّهما. قال: فأنت أعلم
                                                                        
  • Seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w, lalu bertanya tentang amalan apakah yang paling afdhal, jawab Nabi s.a.w “Solat” kemudian dia bertanya lagi apa? Jawab Nabi s.a.w : Jihad” dia berkata “Sekiranya aku mempunyai kedua ibu bapa ? Maka sabda Nabi s.a.w “Aku perintahkan engkau supaya melakukan kebaikan kepada mereka” Dia berkata “Demi yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, aku akan pergi berjihad dan tidak akan sekali-kali meninggalkan mereka berdua” Sabda Nabi s.a.w “Engkau yang lebih tahu”[4]
 قال ابن حزم في المُحَلَّى:

 ولا يجوز الجهاد إلا بإذن الأبوين إلا إن نَزَلَ العدو بقوم من المسلمين ففَرْضٌ على كل من يُمْكِنه إعانتهم أن يقصدهم مُغِيثًا لهم، أَذِنَ الأبوان أم لم يَأْذَنَا إلا أن يَضِيعَا أو أحدهما فلا يَحِلُّ له تَرْك من يَضِيعُ منهما
Kata Ibn Hazm di dalam al Muhalla :
  • “Tidak harus keluar berjihad melainkan dengan izin kedua ibu bapa, melainkan setelah musuh turun menyerang kaum Muslimin, maka ketika itu wajib ke atas kaum Muslimin membantu mereka, samaada diizinkan atau pun tidak, walau bagaimanapun tidak boleh mengabaikan kedua ibu bapa”
Wallahua’alam.
Terj: Faiz Tanzizi 2012 (http://mengajikitab.blogspot.com)

Rujukan:
[1] Fatawa Syeikh Husnain Muhammad Makhluf, Maktabah Syamilah, Isdar Makki, keluaran ketiga, soalan 16
[2] Riwayat Ahmad (1095)
[3] Riwayat Ibn Hibban (422)

No comments:

Post a Comment