Singkap Sudut Gelap Kampung Pelacuran Subang, Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia.. (siri 3)
Sambungan dari..
Siri 1: Singkap Sudut Gelap Kampung 'aroma lendir' Di Suba...
Siri 2: Kampung Pelacur: Ayah Tahu, Pemuka Agama Tak Perna...
"ITU
rumahnya yang tadi saya ceritakan," kata U, bapa ayam sekaligus jawara
Kampung Saradan, Kecamatan Pagaden, Kabupaten Subang, Jawa Barat.
Ia menunjuk sebuah rumah seorang perempuan yang dijadikan bini kedua
seorang bos asal Bandung. Itu dikatakannya ketika ditanya soal ramainya gadis Kampung Saradan dijadikan bini kedua oleh lelaki bandar.
Kebetulan di garaj rumah perempuan berinisial OA yang dilantik bapa ayam itu terdapat kereta jenis Jimmy Jeep hijau. Perempuan pemilik rumah itu dinikahi seorang kontraktor asal Bandung
saat masih gadis, berumur 16 tahun melalui perantara U. Kini perempuan
itu berusia 18 tahun dan mempunyai seorang anak.
Menurut U, kontraktor itu menikahi OA lantaran kepincut pesonanya. Saking
ngebetnya menikahi gadis, kontraktor itu bersedia berkahwin dengan
memberikan wang nikah tak begitu banyak, hanya sekitar Rp 10 juta, iaitu kira-kira RM3,000. Sebagai ganjaran, U dijanjikan bakal diberikan motosikal jika ia berkahwin dengan kontraktor itu.
"Sumpah demi Allah, ini STNK-nya ada, motosikalnya ada di rumah. Dia janji kepada saya," katanya.
Nikah murah dengan kos berpatutan memang sudah dikenali bagi warga Saradan. Seperti diceritakan oleh U, jika dia sudah menjadi perantara berkahwin para pengusaha dengan empat gadis di kampungnya. Syaratnya mudah, jika lelaki berminat dengan gadis di kampungnya, wang buat nikah tak perlu banyak. "Bergantung kemampuannya berapa, boleh Rp 2 juta (kira-kira RM600 lebih sikit)." tuturnya.
Sebagai
jaminan, gadis di kampungnya tidak bakal main-main, U membuat surat di
atas materai antara keluarga wanita dan lelaki calon suaminya. Selain itu saban hari, U memperhatikan tingkah laku wanita yang sudah menjadi isteri kedua tersebut. Jika macam-macam, U sebagai jaminan. Dia bakal menegur dan melapor kepada suaminya.
"Pernah kejadian, kalau ceweknya main-main wang nikah dan kos hidup boleh dikembalikan," ujar U bercerita.
Kejadian itu pernah dialami oleh Toke dari Jakarta, dia menuntut isterinya kerana selingkuh. Atas kesepakatan di pejabat kepala desa, wang Toke untuk kos isterinya balik lagi. "Kira-kira Rp 70 juta," katanya.
Bukan rahsia umum memang, jika gadis Kampung Saradan merupakan isteri kedua dari lelaki asal bandar. Saban bulan, suaminya bakal menjenguk dua kali ke kampung sekaligus memberi wang makan. Jatah setiap bulan pun tak begitu mahal, paling gede buat kos hidup di kampung Rp 1 juta atau kira-kira RM300 lebih sikit.
Kos itu juga sesuai dengan kesepakatan antara gadis yang dinikahi dengan suaminya. Jika jatah bulanan kurang, jangan terkejut jika wanita di Kampung Saradan main serong atau bahkan jual diri. Y, seorang pelacur berumur 16 tahun geleng-geleng kepala ketika ditanya mau di jadikan isteri. Dia tak mau lantaran jika jadi isteri kedua terlalu makan hati.
"Ogah ah makan ati," kata Y sambil mengepulkan asap rokok.
Dia pun tak menafikan jika temannya juga ada yang jadi janda lantaran pernah dijadikan isteri kedua oleh pengusaha.
"Enggak sudi," ujarnya sambil ketawa genit.
Apa yang diceritakan oleh U dan Y memang demikian. Banyak gadis di Kampung Saradan menyandang status janda muda. Usianya paling tua 23 tahun. Janda-janda itu juga kini menjadi pelacur di cafe menunggu panggilan pemburu syahwat di Bandar Subang.
U berujar, jika saiz pelacur di kampungnya memang terbilang tua jika masuk usia 20 tahun ke atas. Dia pun mampu menyediakan janda sudah nikah dua hingga tiga kali dengan lelaki baik dari Jakarta dan Bandung.
"Mau yang kaya gimana juga ada, tapi kalau di sini usianya rata-rata 16 hingga 17 tahun," ujarnya. "Kalau mau yang janda ayo kita pindah cafe," katanya menawarkan.
(Diangkat dari Merdeka.com id. yang di 'Bahasa Malaysia'kan)
Bersambung..
No comments:
Post a Comment