Desak polis tangani gambar Nabi Muhammad di Solo, Indonesia.
DUA remaja Tunisia dituntut ancaman maksimum tujuh tahun penjara kerana dakwaan melakukan penistaan agama. Pendakwa di mahkamah Bandar Mahdia menyatakan kedua pemuda itu
terbukti menyebar kartun Nabi Muhammad telanjang di jejaring sosial
Facebook.
Pejabat
berita Agence-France Press melaporkan, Khamis (12/4/2012), tindakan dua
pemuda itu pertama kali dilaporkan seorang peguam awal bulan lalu. Sejak 28 Mac hingga sekarang, sidang kes ini mula berjalan.
Dua pemuda itu bernama Jabeur Mejri dan Ghazi Beji, baru saja lulus dari bangku sekolah menengah. Tidak jelas dari mana mereka mendapatkan gambar yang dituduh mengganggu sosok panutan umat muslim itu. Kini keduanya berada dalam tahanan Polis Bandar Mahdia.
Kementerian Undang-undang Tunisia dalam kenyataan akhbar menyebut
tindakan dua anak muda itu melanggar moral dan mengganggu ketenteraman
awam.
Beberapa tokoh 'Islam Liberal' di Tunisia menyebut tuntutan itu terlalu berat. Seorang
bergiat bernama Bochra Bel Haj Hmida menuding kerajaan dan penguatkuasa
undang-undang bertindak berlebihan menghadapi kenakalan remaja.
"Mereka cuma dua pemuda yang mengira boleh menyatakan apa-apa yang mereka mahu," ujar Hmida.
Selepas diktator Zainal Abidin bin Ali turun kerana revolusi awam, Tunisia kini dipimpin pemerintahan 'Islam Liberal'. Hanya saja, isu agama sejak setahun terakhir kerap muncul dan menjadi perdebatan awam, termasuk tindakan dua pemuda ini.
Tidak dapat dipastikan samada 'Islam Liberal' di Tunisia sama atau ada hubungan 'Islam Liberal' di Malaysia, Indonesia atau lain-lain. (IH)
Salah satu perlawanan yang dilakukan radio komuniti di Kota Kediri pada November 2006.Perlawanan
itu dilakukan Radio Pendidikan Keluarga (Radikal FM) yang berada di
bawah naungan Yayasan Lembaga Pemberdayaan Umat Ansorullah (YLPUA).
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
No comments:
Post a Comment