Peringatan itu dilihat sebagai amaran keras kepada dua sekutu PAS tersebut menjelang pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) yang akan berlangsung pada Isnin.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab DAP dan PKR untuk menolak perlaksanaan hukum Islam itu kerana PAS Kelantan sudah mengambil beberapa langkah yang sewajarnya sebelum ia diteruskan.
"Untuk elak Pakatan Rakyat pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakman Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.
"Lagipun mereka telah melakukan melalui proses demokrasi yang menjadi asas perjuangan bersama," katanya menerusi status terbaharu di Facebook pada Ahad.
Selain itu Tuan Ibrahim turut memberi peringatan kepada DAP dan PKR supaya tidak membangkitkan isu kerjasama antara PAS dan Umno sekiranya enakmen itu mendapat sokongan daripada parti lawan itu.
"Jangan pula bila Umno menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda Umno akan bergabung dengan PAS.
"Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong.
"Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. Umno dan BN tetap menjadi 'musuh' bersama," katanya.
Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan mengadakan taklimat berhubung pindaan enakmen berkenaan kepada kepimpinan pakatan pembangkang di bangunan Parlimen dan Gobind dilaporkan meminta PAS mempertimbangkan semula pindaan tersebut. (mStar)
Lihat sebelum ini..
Isu Hudud, 1 Hingga 3
No comments:
Post a Comment