Sunday, March 01, 2015
'Kenalah rasional Mujahid. Anda tu ada PHD??' -Kempen Presiden PAS
Betul Ke? Apa Yang Mujahid Yusof Rawa Kata?
Mujahid Yusof Rawa Menyebut dalam Malaysiakini kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar" dan tidak menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.
Saya rasa banyak perkara kita boleh salahkan UMNO, tapi takkan semua perkara sebabnya UMNO. Kanapa kita jadikan UMNO sebagai objek untuk kita menghilangkan fokus perbincangan dengan ilmiah dan jujur. Orang politik yang jujur sahaja boleh selamat.
Takkan groups whatsapp Hawai Five-O adalah ciptaan UMNO Dr Hatta dalam whatsapp itu adalah cybertropper UMNO. Aiman Atirah yang nak pecat semua ulama bila menang tu adalah Rosmah yang menyamar? Kenalah rasional Mujahid. Anda tu ada PHD?? (jangan baca Perasaan Hasad Dengki)
Lagi pun Fadhil Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kuantan telah membuat aduan rasmi kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat.
Kita pun tahu dalam groups Hawai Five-O ada Nordin orang kuat PGS PAS Pusat. Takkan orang PGS pun boleh ditipu oleh UMNO. Anda tahukan apa dia PGS?
Pendedahan yang dibuat adalah sangat kukuh kerana pendedahan itu telah menyertakan semua nama mereka yang terbabit dengan bukti yang sangat kukuh. Maklumat yang bocor masih lagi tidak sepenuhnya sebagaimana yang diberikan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS.
Begitu juga dengan laporan pendedahan suara Timbalan Presiden PAS dan sebahagian audio telah tersebar dan sebahagian lain masih disembunyikan yang sudah pasti akan mendedahkan banyak lagi nama pimpinan tertinggi PAS, mungkin nama Mujahid ada sama kot?? (saja acah.)
Saya tak terfikir UMNO mendalami ini semua.
Habis kenapa Mujahid Yusof Rawa beriya-iya menyalahkan UMNO sebagai tangan yang membuat percaturan dalam pemilihan Muktamar PAS kali ini. Apakah buktinya.
Begitu juga UG dan UG tanpa sebarang bukti kukuh kita menyalahkan orang lain dengan tuduhan untuk bersama UMNO sedangkan kita tidak boleh mendatangkan bukti kukuh sekadar kita kata ada beberapa siri pertemuan sedangkan pertemuan sahaja bukan bukti yang mutlak.
Kita lihat dulu ramai orang kata Dr Hassan Ali nak masuk UMNO tapi sampai hari ini Dr Hassan masih tidak UMNO. Makna bukti kita masih belum kukuh.
Membuat tuduhan memang mudah, apatah lagi membuat tuduhan dalam bentuk umum tanpa kita serta bukti kukuh atas dasar mencipta persepsi buruk dengan harapan kita akan mendapat manafaat daripada tuduhan itu.
Apakah kita mampu menjawab di sisi Tuhan nanti atas apa yang kita perkatakan?
Nordin Bin Ali
http://nordinali.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment