SHAH ALAM: Timbalan Menteri Besar
Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan Penasihat DAP, Lim Kit
Siang 'terdiam' apabila diajukan soalan perihal pelaksanaan hudud di
Kelantan, olehnya.
Mohd Amar berkata beliau menyatakan rasa hairannya mengapa DAP terus menentang pelaksanaan hudud di negeri itu walhal hukum itu langsung tidak melibatkan golongan bukan Islam.
"Awak (Kita Siang) kata awak tolak hudud kerana bercanggah dengan perlembagaan dan sekarang PAS ikut prosedur, kita bawa masuk dalam Dewan (DUN), ikut undang-undang.
“Dan dilulus dalam Dewan, kemudian kita bawa ke Parlimen untuk dibentangkan di Parlimen. Jadi ini semua proses demokrasi dan proses Perlembagaan. Jadi apa masalah sebenarnya?
“Kenapa you nak halang? Kalau betul-betul cakap tentang demokrasi, you kena bagi kita lalu. Lepas itu, biar (Dewan) tentukan kita kalah di Parlimen. You nak bahas pun tak apa, you nak reject (tolak) pun tak apa sebab itu hak anda. Tapi jangan hentikan kita di tengah jalan dan jangan halang kita.
“Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah.
“Jadi sebab itu saya tak faham kenapa berkeras lagi, kecuali dia ada suatu agenda tersembunyi, kita tak tahu,” katanya dipetik daripada wawancara khasnya dengan portal Malaysiakini.
Soalan itu diajukan kepada Kit Siang dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara sebelum ini.
Kit Siang terus terdiam ketika Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud itu memberitahu kerajaan negeri Kelantan melalui proses demokrasi dan merujuk kerangka undang-undang sepanjang usahanya melaksanakan hukum itu di negeri itu.
Dalam wawancara itu Mohd Amar mengulas pelbagai perkara melibatkan usaha mereka, termasuk kemungkinan usaha itu tersangkut di peringkat Parlimen, serta tanggapan awam berkaitan hudud.
"Kita dah bincang dengan pakar perundangan, dua-dua ini (Akta 355 dan Perkara 76A(1)) tak perlu dua pertiga kerana kita tak pinda Perlembagaan. Hanya pinda akta, hanya perlu majoriti mudah.
"Dan Perkara 76A (1) itu bukan pinda tetapi hanya minta kebenaran Parlimen untuk beri kuasa pada DUN gubal peraturan yang bawah bidang kuasa Persekutuan," ujarnya.
Mohd Amar berkata jika kerajaan negeri kelantan gagal mendapat sokongan ahli Parlimen untuk meluluskan undang-undang itu, pihaknya akur namun tetap akan mencari alternatif lain bagi merealisasikan hasrat melaksanakan hukum tersebut.
"Kalau Parlimen tolak, kita berhentilah. Kita cukup di situ. Kita cari jalan lain pula setakat yang kita boleh buat.
"Ada dua, tiga pilihan tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk terangkan. Sebab kita ada pendapat undang-undang dalam isu ini, dan kita mahu guna cara perlembagaan," tegasnya.
Buat kesekian kalinya, Mohd Amar memberi jaminan bahawa hukum itu tidak melibatkan bukan Islam.
"Kita dah beritahu sangat jelas. Dulu mungkin ada keraguan sebab kita bagi pilihan (kepada orang bukan Islam). Jadi kita fikir semua pandangan-pandangan, sebab itu (enakmen) yang baru ini kita buang terus (orang bukan Islam). Orang bukan Islam langsung tidak dibicarakan bawah Undang-undang Islam walaupun mereka mahu. Jadi, apa lagi yang hendak dibimbangkan.
"Dan saya pun dah sebut dengan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang masa kali terakhir berjumpa di pejabat PAS. Lim Kit Siang, (Presiden PKR) Wan Azizah (Ismail) semua ada pada masa itu," katanya.
Kerajaan negeri PAS Kelantan baru-baru ini meluluskan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II, walaupun dibantah keras rakan kompenannya DAP dan PKR.
Kerajaan negeri itu seterusnya akan membawa usul pelaksanaan hudud ke Parlimen pada penggal akan datang.
Namun kerajaan negeri itu dilihat melalui jalan sukar apabila DAP dan PKR menentang usul tersebut. (ANTARAPOS)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa Kit Siang 'terdiam' ketika disoal oleh Mohd Amar?

1 comment:
Orang kafir selamanya menolak agama Allah dengan seribu dalih. Maka kenapa LKS menolak hudud meaning difahami. Sayang, tak dapat difahami Pkr khususnya pimpinan tertingginya (yg zahirnya selama ini berketrampilan islamik) jugak sekapal, sehaluan, satu kemudi, seiring dengan DAP. Pasma pun ikut2 bontot Pkr.
Mudahnya Allah nak mengubah manusia.
Post a Comment