Monday, March 16, 2015
Ketagih Judi Hutang Hingga £45,000. M'sia Masih Didik Rakyat Berjudi?
NIELD kerugian hampir RM246,398 dan menggunakan lima kad kredit melebihi had akibat ketagihan bermain bingo di internet. – AGENSI
MERSEYSIDE, Britain – Seorang suri rumah menanggung hutang hampir £45,000 (RM246,398) kerana menggunakan lima kad kredit melebihi had selepas ketagih bermain judi bingo secara dalam talian ketika dia bercuti sakit.
Kelly Nield, 32 memberitahu, dia berjudi selama lapan jam pada setiap hari dan menghabiskan semua wang simpanan bersama teman lelakinya.
"Ia seperti kitaran yang ganas kerana jika menang, kita mahu bermain lagi untuk mendapat lebih banyak wang. Namun, kita tetap mahu bermain lagi selepas kalah untuk mendapatkan kembali wang tersebut," ujar ibu kepada seorang anak itu.
Ketagihan Nield bertambah teruk apabila dia pernah terfikir untuk membunuh diri dan mencederakan anggota badannya ketika dalam usaha untuk berubah.
Dia mula bermain bingo ketika menonton rancangan The Jeremy Kyle sewaktu bercuti sakit dari kerjanya sebagai pengasuh kanak-kanak pada 2012. – AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah bahaya judi, "Ia seperti kitaran yang ganas kerana jika menang, kita mahu bermain lagi untuk mendapat lebih banyak wang. Namun, kita tetap mahu bermain lagi selepas kalah untuk mendapatkan kembali wang tersebut."
Namun, kerajaan Malaysia terus tetap mendidik dan mentarbiah rakyatnya dengan judi, seperti toto, empat nombor ekor, kuda, kasino dan sekandang dengannya, yang menyumbang kepada ke'porak-peranda'an mayarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment