Monday, March 16, 2015

Ketua Pembangkag PP Dicabar, Buktikan 'Liberalisme' Di Negeri Itu.



Be A Paw Walker - Penang Times Square

KL: Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid (gambar kanan) dicabar supaya membuktikan kenyataannya menuduh umat Islam di negeri itu telah dipengaruhi dengan fahaman liberalisme.

Hal ini, berikutan beliau berkata tindakan gadis dalam ‘isu gadis melayu pegang anjing’ baru-baru ini, jelas menunjukkan umat Islam di negeri itu telah dipengaruhi dengan fahaman liberalisme. Suara TV melalui ruangan ‘Laporan Khas’ semalam mendedahkan tindakan seorang gadis yang bergambar mesra bersama seekor anjing ketika kempen yang dianjurkan oleh sekumpulan pelajar Diploma dari Han Chiang College.

Kempen yang diadakan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Our Strays itu yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penjagaan anjing liar sebagai haiwan peliharaan.

“Walau bagaimanapun, saya belum pasti kesahihan gambar tersebut. Tetapi jika ia benar-benar berlaku, saya akui pengaruh liberalisme sedang menular di Pulau Pinang, malah perkara ini semakin menjadi-jadi,” katanya memetik kenyataan yang dikeluarkan portal FMT.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar berkata, kes gadis Melayu Islam memeluk anjing bukanlah kejadian terbaru menunjukkan mereka semakin bebas dan tidak menghormati pegangan agama Islam.

“Bukan sahaja kes memeluk anjing, malah ada kes yang mana budak-budak kita (beragama Islam) yang memakai salib, apabila ditanya, mereka menjawab tindakan tersebut merupakan trend dan fesyen terkini,” jelasnya.

Sementara itu, editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim, mencabar Datuk Jahara Hamid membuktikan kenyataannya menuduh umat Islam di negeri itu telah dipengaruhi dengan fahaman liberalisme.

"Sila buktikan, umat Islam di negeri itu telah dipengaruhi dengan fahaman liberalisme, malah dikatakan perkara ini semakin menjadi-jadi.

"Bahkn buktikan juga, tuduhan kes 'budak-budak kita (beragama Islam) yang memakai salib, apabila ditanya, mereka menjawab tindakan tersebut merupakan trend dan fesyen terkini' seperti yang dikatakan Datuk Jahara itu." Kata Hj Mohd.

 pegang anjing
 Mengenai gambar ini  gadis Melayu memegang anjing, Hj Mohd yang juga anak Pulau Pinang berkata,

"Gadis Melayu pegang anjing, itu yang dihebohkan.. Sepatutnya gadis Melayu berpakaian seperti di gambar ini, kiri di sebelah wanita bertudung (mungkin Datuk Jahara Hamid) .. berpakaian tetapi beretelanjang.. itu yang perlu dibendung. Menjatuhkan moral agama Islam di negeri itu, bahkan di Malaysia seluruhnya!"
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails