Begitu, kisah bermula oleh mStar Online hari ini.
Hanya selepas tersebarnya video Muhamad Wanndy merakamkan aksi seorang lagi rakyat Malaysia bergambar bersebelahan mayat lelaki yang kepalanya dipenggal kumpulan pengganas itu beberapa hari lalu, semua persoalan itu terjawab.
Beberapa jirannya memberitahu The Star, mereka melihat sekurang-kurangnya lapan orang termasuk dua wanita berkunjung ke rumah Muhamad Wanndy di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal, malahan ada yang menginap di situ beberapa hari. Kata mereka, ia berlaku antara Ogos dan Disember tahun lalu.
"Dia seorang yang panas baran," katanya yang turut memberitahu Muhamad Wanndy dibuang sekolah ketika di peringkat menengah.
"Jirannya selalu menasihatkan saya supaya tidak rapat dengannya kerana dia sering bawa wanita ke rumah," katanya.
Menceritakan lebih lanjut, katanya, tiga lelaki, masing-masing dua dari Kelantan dan seorang berasal dari Kedah menginap di rumah Muhamad Wanndy antara November dan Disember tahun lalu.
Beliau juga mendakwa, antara yang berkunjung ke rumah rakannya itu adalah Uni Kalsom Bahak, 25 dari Negeri Sembilan yang didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, November lalu kerana menyokong kegiatan militan IS.
"Umi Kalsom berkunjung ke rumah itu pada Oktober lalu," katanya sambil menambah dua lelaki dari Kelantan itu berusia dalam lingkungan 20-an.
"Saya terdengar mereka ke situ kerana rumah mereka di kampung dilanda banjir.
"Tetapi nampaknya mereka lebih berminat untu mengemaskini Facebook berbanding mengambil tahu masalah yang dihadapi ahli keluarga di kampung akibat banjir. Saya anggap ia sesuatu yang pelik," katanya.
Kata kawannya lagi, Muhamad Wanddy juga sering ke Kuala Lumpur untuk menemui seorang warga asing yang bercakap loghat Indonesia yang kebiasaannya menyerahkan sejumlah wang tunai kepada dia dan rakannya yang lain.
"Saya tidak tahu identiti warga asing itu tetapi Muhamad Wanndy sering pula ke rumah dengan beg berisi wang.
"Dia beritahu saya, wang tunai itu untuk kumpulan militan (IS)," katanya yang berusia sekitar 20-an.
Malahan, rakan Muhamad Wanndy ini juga pernah diajak untuk menyertai Majmu'ah al Arkhabiliy, sekumpulan militan Malaysia dan Indonesia yang dikawal IS tetapi dia menolak.
"Saya terkejut apabila mendapat tahu Muhamad Wanndy menyertai kumpulan itu. Dia tidak pernah solat Jumaat atau menunaikan solat lima waktu selama kami berkawan.
"Tetapi tiba-tiba dia berubah menjadi alim pada akhir tahun lalu. Saya anggap tindakanya itu hipokrit," katanya yang tidak lagi berkawan dengan Muhamad Wanndy kerana dia seorang yang suka menimbulkan masalah.
Tambahnya lagi, Muhamad Wanndy meninggalkan kediaman keluarganya di Durian Tunggal pada 2012 selepas ahli keluarganya menuduhkan mencuri barang ibunya yang meninggal dunia akibat penyakit leukemia pada tahun sama, manakala bapanya pula meninggal dunia ketika Muhamad Wanndy kecil. Muhamad Wanndy pernah bekerja di Kuala Lumpur dan dipercayai terbabit dengan kegiatan merekrut militan IS.
"Dia pulang ke Melaka pada Ogos lalu dan tinggal bersama abangnya yang berusia 28 tahun dan bekerja di premis telekomunikasi di Ayer Keroh, manakala dua adik perempuannya sudah berkahwin dan menetap di tempat lain. Rakan sekolahnya itu juga memberitahu, baru-baru ini Muhamad Wanndy menikahi Nor Mahmudah Ahmad di sempadan Thailand kerana bapa mertuanya tidak merestui hubungan mereka.
Sekolah Agama Jadi Mangsa Pemantauan
Diminta memberi komen mengenai pembabitan Muhamad Wanndy, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri berterusan memantau sekolah agama untuk memastikan ia tidak dipengaruhi kegiatan kumpulan militan.
Katanya, penubuhan sekolah agama di negeri itu memerlukan kelulusan agensi berkaitan termasuk Jabatan Agama Islam Negeri.
"Dengan perkembangan terkini ini, kita akan periksa untuk memastikan ia akan digunakan untuk pengajaran yang bertentangan atau merekrut," katanya. (IH/mStar)
No comments:
Post a Comment