Tuesday, March 31, 2015
Lagi Amaran Kepada Penghina Nabi, Penulis Blog AS Ditetak Hingga Mati.
MAYAT penulis blog Washiqur Rahman terbaring di sebuah rumah mayat Kolej Perubatan Dhaka di Dhaka semalam.
DHAKA – Seorang penulis blog ditetak sampai mati di ibu kota Bangladesh, Dhaka semalam dalam serangan ganas terbaharu terhadap penulis bebas di negara berkenaan, kata seorang ketua polis.
Ketua polis berkenaan, Wahidul Islam berkata, pihaknya menangkap dua lelaki berhubung pembunuhan itu yang berlaku beberapa minggu selepas seorang penulis blog Amerika Syarikat (AS) turut maut akibat ditetak, juga di Dhaka.
Menurutnya, penulis blog AS itu merupakan seorang ateis atau tidak mempercayai kewujudan Tuhan.
“Mangsa ditetak hingga mati pagi ini (semalam) oleh dua penyerang bersenjatakan dua bilah pisau pada jarak 460 meter dari kediamannya di kejiranan Begunbari, di sini.
“Kedua-dua penyerang itu ditangkap ketika cuba melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.
Menurut Wahidul, polis tidak pasti sama ada mangsa yang berusia 27 tahun itu, Washiqur Rahman juga seorang ateis tetapi seorang penulis blog lain berkata, dia dikenali kerana mengkritik Islam.
“Washiqur menulis menggunakan nama pena Kutshit Hasher Chhana atau itik hodoh," kata ketua pertubuhan penulis blog Rangkaian Aktivis Dalam Talian, Imran Sarker.
Sebelum ini, polis turut menangkap seorang suspek berhubung pembunuhan penulis blog AS berkenaan, Avijit Roy. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi kes lanjutan hina Islam, lagi amaram kepada penghina Nabi SAW. Wajarkah pembunuh itu dianggap hero oleh puak-puak pencinta Nabi?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terdapat Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam di Benua India, di Timur Tengah dll dan merekalah yang bertanggung-jawab mencipta pelbagai cerita karut untuk menyesatkan orang Islam.
Sejarah telah membuktikan bahawa terdapat sebilangan Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam untuk memusnahkan Islam dari dalam. Sebagai contoh, Mustapha Kamal diktator Yahudi yang menggulingkan kerajaan Islam Turki. beliau telah menjadi ahli Turki Muda yang ditubuhkan dan dianggotai oleh pemuda-pemuda Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam.
Post a Comment