Tuesday, March 03, 2015

Lakukan Seks Dg Gadis 15 Tahun, Pemain Bola Sepak Ini Ditahan.




Adam Johnson
SUKAN
LONDON: PEMAIN Sunderland yang juga bintang skuad kebangsaan England, Adam Johnson ditahan polis selepas disyaki melakukan hubungan seks dengan gadis berusia 15 tahun.

Pemain bernilai £10 juta itu ditahan di rumahnya di County Durham selepas bergelar ayah kepada bayi yang kini berusia tujuh minggu. Adam dilaporkan ditahan selepas rumahnya didatangi polis pada pukul 9.15 pagi sebelum membawanya bersama untuk siasatan.

Pada Ahad, Sundarland bertindak menggantung pemain yang menerima gaji sebanyak £60,000 seminggu itu kerana akan ditahan polis untuk siasatan.
Penggantungan itu akan membuatkan Adam terpaksa melupakan baki perlawanan musim ini, termasuk aksinya untuk skuad England. 
Polis Durham berkata," seorang lelaki berusia 27 tahun telah ditahan awal pagi Isnin kerana dipercayai melakukan hubungan seks dengan gadis berusia dibawah 16 tahun."

Jelasnya, suspek akan ditahan sementara waktu sehingga siasatan polis selesai dilakukan. (IH/mStar)

No comments:

Post a Comment