Wednesday, March 25, 2015

Lihat Seperti Benang Masuk Lubang Jarum -Saksi Zina Dlm Hudud


Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat - pakar
Prof Dr Mahmood Zuhdi (Sumber:mahmoodzuhdi.com) 

BUKAN mengendap! Saksi kes zina dalam perundangan hudud perlu melihat persetubuhan itu dengan jelas "seperti melihat benang memasuki lubang jarum", dan bukannya menghendap.

Demikian kata Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Justeru, katanya lagi, adalah agak mustahil untuk menghukum seseorang yang didakwa berzina.

"Malah, ketika zaman Rasulullah, hanya ada satu kes saja hukuman hudud dikenakan kepada penzina.
"Itu pun, beliau (pelaku) sendiri bertemu Rasulullah SAW dan mengaku perbuatannya.
"Tetapi Baginda SAW bertanyakan pelbagai soalan untuk memastikan perbuatan itu benar-benar dilakukan dan memahami maksud perzinaan," jelas Dr Mahmood. 

Mengapa?
Menurut Dr Mahmood Zuhdi, hukuman yang digariskan dalam agama Islam itu bukan sekadar menghukum, tetapi juga untuk mendisiplinkan pesalah.

"Perkara utama dalam agama adalah membimbing, sebaliknya perundangan menjadi langkah terakhir.
"Apabila seseorang sudah diberikan didikan, tetapi berbuat jahat, maka hendaklah dikenakan dengan hukuman berat.
"Tetapi untuk membolehkan hukuman berat itu dilaksanakan, ia memerlukan beban pembuktian yang ketat," katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam temu bual itu, Dr Mahmood Zuhdi menjelaskan kekeliruan masyarakat mengenai hukum hudud yang cuba dilaksanakan di Kelantan. Katanya, Islam adalah agama yang mementingkan disiplin, berlainan dengan sistem Barat yang hanya menekankan kebebasan.

"Apabila manusia terlalu bebas, mereka tidak mempunyai disiplin," katanya lagi.

Beliau mengambil contoh hukum hudud ke atas mereka yang melakukan zina, yang memerlukan empat saksi yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan jujur, seperti yang disebutkan di atas.

Mengulas, apakah Kelantan melaksanakan hukum hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata Kerajaan Kelantan perlu banyak memberi pemahaman kepada masyarakat tentang apa itu hudud terlebih dulu.

"Untuk mengemukakan perlu dengan cara bijak dan berhati-hati.
"Undang-undang itu sama seperti sastera kerana mahu mengutamakan masyarakat. Perlu ada ijtihad baru yang mampu menyesuaikan dengan konteks semasa.
"Sekarang ini, asas ada tetapi isunya penganjur perlu benar-benar menjiwai syariat Islam semasa," katanya.

Menurunya juga, hukum hudud akan dikatakan kolot jika dilihat melalui kaca mata Barat. Bahkan menurut weblog Ibnu Hasyim, golongan yang menentang hudud di Malaysia adalah golongan yang kolot, tak kira samada dari parti pemerintah atau parti pembangkang, orang mengaku Islam atau bukan Islam, walaupun menteri di Jabatan perdana menteri sendiri. (IH)

Lihat sebelum ini.. Isu Hudud, 1 Hingga 3

Isu Hudud, 1 Hingga 3
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

3 comments:

  1. Pelaksanaan undang-undang hudud itu sendiri akan membentuk roh dalam undang-undang Islam itu sendiri yang akan menggerunkan umat manusia.

    Undang-undang hudud lebih kepada berbentuk menghindar jenanyah dan maksiat.

    ReplyDelete
  2. yang takut sangat dengan hukum dari Allah ni kenapa
    bila ketua sesuatu golongan ambil pendirian negatif tentang hukum ni pengikut apa lagi makin menjadi jadi
    buat komen negatif
    manusia memusuhi sesuatu yang dia jahil
    tujuan hukuman ini Allah perintahkan untuk bagi manusia gerun
    Allah cipta manusia Allah tahu perangai manusia - amat degil kecuali dengan ancaman

    ReplyDelete
  3. prof

    utk kes masuk wang dlm akaun PM perlukan saksi juga
    seperti kata hadi awe...

    adakah perlu kepada saksi melihat sendiri duit2 itu
    masuk dlm akaun sama seperti melihat btg celak masuk
    dlm lubang celak?

    apa ke jadah mengintai org masukkan duit dlm akaun

    hadi awe memang pelawak lah

    ReplyDelete