▼
Saturday, March 07, 2015
Musnahnya Bandar Patung Bersejarah Nimrud, Iraq, Adalah Wajar?
GAMBAR bertarikh 17 Julai 2001 ini menunjukkan beberapa pekerja membersihkan patung lembu bersayap di tapak arkeologi Nimrud. - AFP. Rupanya itu lebih berharga daripada jutaan jiwa rakyat Iraq yang terkorban
NIMRUD, Iraq – Kerajaan negara ini mendapati kumpulan militan Islamic State (IS) telah memusnahkan warisan sejarah negara dengan bertindak meratakan bandar Assyria di sini menggunakan kenderaan berat selepas solat Zuhur kelmarin.
“Sehingga kini, kita belum dapat mengenal pasti sejauh mana kemusnahan telah dilakukan terhadap bandar ini,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali.
Nimrud adalah salah satu permata Iraq yang ditemui sekitar abad ke-13 Sebelum Masihi (SM) dan terletak di Sungai Tigris kira-kira 30 kilometer ke selatan Mosul. Ia merupakan bandar kedua Iraq dan hub kumpulan IS di negara ini. Bandar Hatra di Neneveh yang dipelihara lebih 2,000 tahun dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO juga dipercayai bakal menjadi sasaran kumpulan tersebut selepas Nimrud.
Kumpulan militan IS menyerang dan memusnahkan tapak warisan purba di Iraq.
Antara arkeologi purba yang dikatakan menjadi sasaran serangan IS pada Khamis.
“Saya mohon maaf kerana terpaksa menyatakan bahawa semua orang telah menjangka rancangan mereka untuk menusnahkan warisan Iraq,” ujar seorang ahli arkeologi, Abdulamir Hamdani dari Universiti Stony Brook di New York.
Pengarah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi badan kebudayaan Iraq, Axel Plathe, melaporkan satu lagi serangan terhadap warisan Iraq telah dilakukan Khamis lalu. Nimrud menempatkan salah satu penemuan arkeologi abad ke-20 termasuk batu-batu permata pada 1988 yang telah dipindahkan ke muzium antaranya di Mosul, Baghdad, Paris dan London.
Kemusnahan terhadap Nimrud itu berlaku selepas seminggu kumpulan pelampau tersebut memuat naik video menghancurkan artifak purba ternilai di Muzium Mosul berdasarkan fahaman jihad IS yang menyatakan bahawa patung-patung, berhala dan tempat-tempat suci penyembahan selain daripada Allah mesti dimusnahkan.
– AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam sejarah Islam, semasa Rasulullah SAW membebaskan kota Mekah dari tangan kaum Quraisy, beliau tidak meninggalkan satu pun patung berhala yang berselerak di Kaabah waktu itu sebagai bahan peninggalan sejarah.
Bahkan Amerika Syarikat sendiri dan sekutunya Israel semasa menyerang Iraq dan negara-negara umat Islam lain terus menghancurkan masjid-masjid bersejarah dan tempat ibadat tanpa meninggalkan langsung sebagai bahan peninggalan sejarah.
Di Afghanistan, riuh rendah dunia bising mempertahankan patung batu bersejarah yang dimusnahkan Taliban, daripada mempertahan jutaan rakyat Afghanistan yang tidak berdosa terkorban akibat kebiadaban kuasa besar penjajah di negaranya.
Jadi adakah wajar berlakunya pemusnahan ke atas bandar patung berhala yang kononnya bersejarah itu?
No comments:
Post a Comment