Saturday, March 21, 2015

Nizar Jamaluddin Perjelas Sikap Mengenai Kepimpinan PAS Sekarang.




Nizar Jamaluddin.


ALOR SETAR: Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi PAS sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya.

"Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran itu bersama pimpinan," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas ke-41 Kawasan Kuala Kedah di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Ahmad Yakob dilapor berkata, walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Abdul Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.

Ditanya apa perlunya bagi PAS untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan PAS di hati orang bukan Melayu.

"Bila Pas berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama Pakatan Rakyat, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu," katanya.

Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang menegaskan Pas meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini sikap Nizar Jamaluddin terhadap kepimpinan PAS sekarang.

Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

5 comments:

Anonymous said...

tak sangka Nizar bekas MB Perak ni pun geng itu...

Anonymous said...

Eh kau baru tahu ke.Nizar tak sebodoh ulamk yang kau puja tu.kau macam tak tahu je bahawa ulamak kau dah hampir bermadu dengan Umno.Tunggu hari pernukahanya.kau memang bersetuju ulamak kau bermadu dengan Unmo.

maae said...

Pemimpin itu satu kekuatan. Kekuatan itu pula menyatukan ummah. Maka ummah pula bersaf-saf dalam satu iktiqad. Maka iktiqad itu lah menjadikan alam ini dalam lindungan arasy Nya.

Sejarah Islam terbukti tidak mempunyai Pemimpin yang lemah. Apa lagi Nabi Junjungan kita. Cuma dalam menterjemahkan kekuatan dan kesatuan, syaitan akan mencelah, menggoda iman-iman yang lemah, yang terkeluar dari saf-saf nya, lalu menjadi satu "brand" dengan syaitan. Maka mereka akan cuba menonjol "konon menjadi pemimpin sebenar" yang akhir seperti firman Allah - akan menggantikan sesuatu kaum atau bangsa itu dengan yang lain akibat kelalaian mereka sendiri memecah-belahkan ummah dan menghancurkan akidah.

Siapa Pemimpn yan lemah dan siapa pula Pemimpin bermuka-muka ? Andalusia itu hancur kerana nya...

Anonymous said...

Lemah macam pemimpin BN..

Anonymous said...

Selamat tinggal nizar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails