KL: Khabar angin menyatakan PAS Kota Baru akan mencalonkan tokoh selain Abdul Hadi sebagai presiden bertiup sejak sekian lama.
Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sendiri dikatakan sebelum ini pernah mencadangkan nama Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden bagi menggantikan Abdul Hadi demi menyatukan kembali PAS.
Beliau yakin Abdul Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.
Kini, ketika PAS memulakan mesyuarat agung tahunan peringkat kawasannya hari ini, kawasan Kota Baru dijangka menamakan seorang calon selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menduduki kerusi nombor satu parti itu. Mesyuarat hari ini akan menentukan sama ada calon itu diterima semua perwakilan atau tidak.

Yang Dipertua PAS Kota Baru dmaklumi berkata, pihaknya menyerahkan hal tersebut kepada perwakilan dalam mesyuarat dan PAS Kota Baru berazam menjadi pelopor dan membentuk pemikiran ahli PAS di seluruh negara menjelang Muktamar PAS ke-61 pada Jun depan.
Mesyuarat agung ini katanya akan memberikan hak sepenuhnya kepada perwakilan menentukan calon kepimpinan PAS di masa depan, termasuk bagi kedudukan presiden. Dalam pertemuan beliau dengan semua ketua dan setiausaha cawangan di Kota Baru minggu lalu, beliau meminta mereka melaksanakan hak menentukan pucuk kepimpinan parti di semua peringkat.
"Biarlah semua jawatan dipertandingkan. Ia bagus untuk memberikan hak
sepenuhnya kepada ahli menentukan siapa pilihan mereka. Menang tanpa
bertanding setiap masa ini ada negatifnya," kata Wan Rahim.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Abdul Hadi buat masa ini. Sejak memangku jawatan itu susulan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002, kedudukan Abdul Hadi tidak pernah dicabar.

Manakala bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, beliau tidak terkejut jika ada kawasan yang mencalonkan tokoh lain untuk jawatan kepimpinan tertinggi PAS, termasuk jawatan presiden, memandangkan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.
Pertandingan untuk merebut kepimpinan juga dijangka berlaku di peringkat kawasan Kota Baru. Pada masa ini, Wan Rahim merupakan yang dipertua kawasan, sementara Datuk Takiyudin Hassan (ahli
Parlimen Kota Baru), timbalan yang dipertua manakala Datuk Anual Tan
Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan), naib yang dipertua.
Takiyudin dikatakan akan mencabar Abdul Rahim kali ini untuk jawatan yang dipertua manakala Dr Rosli Ahlani, ketua Pemuda kawasan sekarang, dikatakan akan bertanding merebut jawatan timbalan yang dipertua.
Kita tunggu keputusannya sebentar lagi.

(IH)
Pertandingan untuk merebut kepimpinan juga dijangka berlaku di peringkat kawasan Kota Baru.
Pada masa ini, Rahim merupakan yang dipertua kawasan, sementara Datuk Takiyudin Hassan (ahli Parlimen Kota Baru), timbalan yang dipertua manakala Datuk Anual Tan Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan), naib yang dipertua.
Takiyudin dikatakan akan mencabar Rahim kali ini untuk jawatan yang dipertua manakala Dr Rosli Ahlani, ketua Pemuda kawasan sekarang, dikatakan akan bertanding merebut jawatan timbalan yang dipertua. – 7 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kota-baru-diramal-calonkan-tokoh-presiden-baru#sthash.FwYgS4cJ.dpuf

No comments:
Post a Comment