Oleh LOOI SUE-CHERN
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional
PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kebanyakan pengguna laman
media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan
sebarang kenyataan.
Beliau berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Mereka bukan pakar dan cara penulisan yang penuh dengan emosi,” katanya, memetik ancaman terbaharu terhadap wartawan radio BFM Aisyah Tajuddin sebagai contoh.
Berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan enakmen berkenaan lebih seminggu lalu, stesen radio itu memuat naik video klip BFM Projek Dialog BFMKupas, membangkitkan persoalan mengenai hudud dan membandingkannya dengan isu keperluan harian.
Video yang ditarik balik itu, mencetuskan rasa kurang senang sesetengah pihak, dan Aisyah menerima ancaman rogol dan bunuh daripada pengguna media sosial.
“Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku terhadap wartawan itu. Sebagai contoh, saya pun tidak suka dengan video itu, tapi tidak adil melakukan ugutan atau mempunyai keberanian untuk merogolnya.
“Kamu bercakap dengan undang-undang yang suci kepada umat Islam, tetapi dalam masa sama kamu mengancam orang lain.
“Itu salah tanggapan dalam Islam,” katanya, ketika sesi meja bulat bersama media mengenai hudud dan pindaan enakmen tersebut.
Polis kini sedang menyiasat tiga pekerja stesen radio berkenaan, yang terlibat dalam produksi video klip tersebut, di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Mereka turut disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Ditanya mengapa beliau mengkritik ruangan komen tersebut, Mujahid berkat orang ramai tidak boleh mengambil keputusan bersendirian terhadap mereka yang dipercayai sebagai mengkritik Islam dan mengambil tindakan bersendirian.
“Mungkin keadaan akan jadi di luar kawalan,” katanya, dan menambah, mereka yang melakukan kesalahan perlu dilaporkan dan dibawa ke muka pengadilan.
Mujahid berkata, perlu ada kawalan di laman media sosial untuk mengelakkan orang ramai melampaui batasan masing-masing dengan komen-komen mereka, sama ada mereka menyokong atau menentang enakmen jenayah syariah tersebut.
Sebaliknya, beliau berkata, orang ramai bebas membahaskan dan mempersoalkan enakmen berkenaan berbanding kesahan dan objektif pelaksanaannya dalam cara yang bertamadun, daripada menggelarnya “tidak bertamadun”.
“Akidah itu emosional tetapi mempertahan tuntutannya dengan akidah perlukan objektif.
“Jika berlaku kekecohan, saya amat malu. Saya tidak mahu undang-undang syariah digunakan sebagai contoh ia mencetuskan kekecohan,” kata ahli Parlimen Parit Buntar dan timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu lagi.
Mujahid juga berkata, organisasi media seharusnya lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan tidak mensensasikan isu itu lagi. Beliau turut memetik kenyataannya sebelum ini yang menekankan perbincangan isu itu perlu diuruskan dengan objektif dan bukannya emosi, disalah lapor oleh media dan mengatakan dirinya mengkritik parti sendiri.
Kesalahan-kesalahan berkenaan katanya dinyatakan di beberapa bahagian – kesalahan hudud daripada perspektif al-Quran dan Sunnah – mencuri (sariqah), rompakan menggunakan keganasan (hirabah), zina, liwat, menuduh individu lain berzina tanpa empat saksi (qazaf), suami yang bersumpah palsu zina terhadap isterinya tanpa mengemukakan saksi (li’an), minum arak (syrub), dan murtad (irtidat).
Kandungan pindaan itu memperincikan penalti dan bagaimana setiap jenayah yang akan dihukum dan kebarangkalian kesalahan tidak akan dihukum dengan hudud. Sebagai contoh, jika pemotongan membahayakan nyawa pesalah sariqah, hudud tidak akan dilaksanakan.
Jika pesalah hirabah menyerah diri secara sukarela sebelum proses perundangan, bertaubat dan memulangkan barang curian kepada pemiliknya atau pihak berkuaasa, hudud – pemotongan tangan kanan atau kaki kiri dan penjara – juga tidak akan dilaksanakan.
Bahagian kedua pindaan enakmen itu adalah qisas dan diyat, hukuman atas kesalahan yang menyebabkan kematian dan kecederaan, yang mana diperincikan di bawah syarat hutang darah dibayar darah boleh dilaksanakan atau tidak. Juga turut terdapat peruntukan ‘ta’zir’, hukuman atas kesalahan lain yang mana tidak diperincikan di dalam al-Quran.
Bahagian ketiga pindaan itu meliputi perkara berkaitan bukti untuk menunjukkan kesalahan, saksi dan testimoni mereka. Bahagian keempat adalah hukuman hudud dan cara serta kaedah untuk ianya dilaksanakan seperti memotong pergelangan tangan pesalah.
Bahagian kelima meliputi peruntukan umum, yang menyatakan tertuduh di bawah enakmen itu tidak boleh didakwa di bawah hukuman Kanun Keseksaan sivil atas kesalahan sama. Bahagian keenam adalah prosiding syariah.
“Saya mahu memberikan penjelasan sebenar, sebagai Muslim, saya bertanggungjawab untuk memaklumkan orang ramai syariah adalah undang-undang yang lengkap. Tak boleh tanpa sistem hukuman,” kata Mujahid.
Pesalah juga katanya berkemungkinan menerima hukuman atas kesalahan mereka di dunia, namun dengan hukuman hudud, atau menderita secara semula jadi seperti dipinggirkan orang ramai atau mengalami kesukaran hidup jika berjaya melepaskan diri.
Jika pelakunya tidak dihukum ketika hidup, dia akan menerima balasannya di akhirat kelak, katanya.
Tambahnya, kebanyakan orang akan fokus kepada pemotongan anggota badan apabila berbicara soal hudud, namun katanya, Islam bukanlah agama yang menghukum. Tambahnya, isu itu dimanipulasi dan disensasikan berikutan kekurangan maklumat atau sengaja, apabila objektif jenayah syariah adalah mengenai menyelamatkan kemanusiaan dan mempertahankan akidah di samping menghormati agama lain.
“Jenayah syariah tidak menyatakan jika seseorang itu mencuri, mereka akan terus hilang tangan. Ia juga akan melihat sebab tindakan berkenaan, sama ada terpaksa, dari segi ekonomi atau dilakukan tanpa sebarang alasan dan menyalahi undang-undang.
“Inilah persoalan yang ditekankan ketika menguatkuasakan undang-undang Islam, yang mana mempunyai elemen yang menyelamatkan orang. Saya mengharapkan ia akan memberi keadilan kepada sistem.
“Tiada jalan pintas untuk memahami undang-undang jenayah syariah, dan orang tidak boleh menulis apa yang mereka mahu,” katanya.
Mujahid turut mengharapkan penerangannya difahami media yang menulis berkenaan hudud saban hari. Berkenaan pandangan rakyat Malaysia masih belum memahami undang-undang syariah itu sepenuhnya, seperti kanun keseksaan dan kesalahan trafik, ia dilaksanakan tanpa orang ramai memahami sepenuhnya undang-undang berkenaan.
Mujahid, yang dikenali dengan tugas dialog dan tugas perpaduan di gereja, berkata, beliau akan terus bekerjasama bersama komuniti untuk berkongsi tadbir urus yang baik dan berkongsi nilai-nilai murni. – 29 Mac, 2015.
1 comment:
Mulut lancang sangat menghina hudud terimalah padahnya .
Post a Comment