Sunday, March 08, 2015

Portal TMI Niat Jahat, Jatuh Kredibiliti -Helen Ang


Helen Ang

(Diangkat dari Helen Ang's Blog)

PAS: The Malaysian Insider “berniat jahat”, berupa portal yang jatuh kredibiliti

The Malaysian Insider ini jahat tahap dajjal.

PAS desak The Malaysian Insider mohon maaf

Kenyataan akhbar oleh MAHFUZ OMAR
“Saya melahirkan kekesalan atas berita bergambar palsu yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider bahawa kononnya peserta demonstrasi Kita Lawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS memegang banner dan poster yang bertulis “Undur Hadi” iaitu merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Gambar itu dimasukkan pada kemas kini berita tersebut pada jam 2.37 petang.
Keterangan di bawah gambar itu mengatakan ia adalah gambar asli milik The Malaysian Insider sedangkan pada hakikatnya ia adalah gambar ‘superimpose’ yang telah diubah perkataan di dalamnya.
Sesungguhnya, penyiaran berita palsu yang bertujuan provokasi dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat ini amat memalukan sekaligus menjatuhkan kredibiliti portal The Malaysian Insider sebagai media alternatif kepada media arus perdana.
Adakah The Malaysian Insider begitu terdesak untuk membuat berita yang popular sehingga sanggup membuat gambar superimpose?
Berita ini sungguh berniat jahat kerana ia berunsur untuk melagakan para peserta demonstrasi kepada PAS dan Presiden PAS.
Justeru, PAS mendesak portal The Malaysian Insider agar segera memohon maaf secara terbuka kepada PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga para peserta demonstrasi atas penyiaran berita bergambar palsu tersebut.
Sifat tanggungjawab, amanah dan jujur adalah prinsip dunia kewartawanan dan media yang patut dipertahankan.”
(Ketua Penerangan PAS Pusat)
 
 "Jika diperhatikan betul-betul, bentuk perkataan (font) ‘HADI’ tidak sama dengan yang lainnya.” – Ismaweb

TMI penipu tegar

Tipu helah TMI telahpun dibongkarkan oleh blog Celah Gelegar kelmarin – lihat atas.
Gambar demo pada petang semalam disunting (Photoshop) TMI.
“Bagaimanapun, semakan ke atas laman portal berkenaan malam tadi mendapati gambar itu dipercayai sudah dibuang.” – Ismaweb
TMI memohon maaf kepada PAS – pada tengah malam – seraya memberi alasan yang tidak harus dilayan malah tidak boleh dipercayai (lihat screenshot dan pautan di kaki halaman).

Paulsen Congrats @tm_insider @jsadiq

TMI credo: Lie big, apologize small, if can get away with it need not apologize at all

Bila TMI dok menipu, mereka buat dengan begitu licik dan ketara (maksudnya disebarkan dengan secara meluas kepada ramai pembaca).
Namun apabila TMI tarik balik cerita, ianya dilakukan dengan senyap dalam ruangan tersorok (maksudnya orangramai pasti terlepas baca). Berapa orang yang baca berita mohon maafnya kepada PAS pada tengah malam?
Sekarang ini – pukul 12.50 tengah hari – dah tak nampak pun permohonan maaf portal itu kepada PAS dipaparkan pada muka depan TMI. Permohonan maaf tersebut tidak juga disenaraikan dalam muatan rencana Bahasa Melayu.
Ada sebanyak 12 tajuk utama berita TMI – bawah – dalam ruangan bahasa Melayunya (12.55pm) tetapi permohonan maaf kepada PAS tidak kelihatan tersenarai.
no TMI apology

TMI sering kenakan orang

Senang-senang dan sengaja TMI buat fitnah, putar-belit dan kenakan orang tanpa batasan. Lepas itu, TMI akan cuci tangan dengan begitu mudah sekali.
Sekadar memohon maaf, TMI dah kira beres. N-E-X-T … (siapa mangsa yang serterusnya)
TajuddinRamli
ATAS: Taikun Tajuddin Ramli sedang membaca iklan pohon maaf kepadanya oleh TMI yang disiarkan di akhbar arus perdana.

Beliau heret TMI ke mahkamah menerusi fail saman RM200 juta. Selepas disergah, barulah pembuli yang bernama The Malaysian Insider mengalah.

TMI memang kaki fitnah

Sebelum ini, TMI memfitnah Mukhriz Mahathir di ambang pemilihan parti di mana Mukhriz bertanding jawatan naib presiden Umno.
TMI juga pernah memfitnah Tun Mahathir, Khazanah, Suruhanjaya Sekuriti dan Tajuddin Ramli (bawah).
TMIapologyTajuddin
TMI begitu ghairah menipu sehinggakan terpaksa memohon maaf sebanyak empat kali dalam seminggu!

Malaysian Insider is Raja Spin’ – dari Facebook Lim Sian See

TMI apology Mukhriz
Bila Karpal Singh meninggal dunia, TMI merekayasa kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam tidak boleh mengucapkan RIP (Rest in Peace) kepada keluarga mendiang.
Malaysian Insider is again driving a wedge between Muslims and non Muslims and creating hatred against the Islamic authorities and distorting facts. We must condemn TMI.” – blogger Ellese
TMI said:
.
“Hours after the death of Karpal Singh, Muslims were told by the National Fatwa Council today they were not encouraged to use the phrase ‘Rest in Peace’ (RIP) to a non-Muslim because the term had Christian connotations.”
.
Ellese: “This is a blatant lie to incite unjustified hatred. They purposely gave a false impression that the majlis fatwa is somewhat targeting against those wishing farewell for Karpal. Really blatant lie.” – ‘False hate allegation against fatwa council‘ (blog Hak Bersuara, 18 April 2014).
Sudah berkali-kali dan berulang-ulang TMI – yang pro-Kristian sakan – mengenakan orang, terutamanya ahli-ahli NGO Islam dan Isma yang berusaha menentang gerakan Kristianisasi.
Orang Melayu mesti berwaspada dengan agenda tersirat TMI.

No comments:

Post a Comment