TAWAR ‘JAWATAN LEBIH TINGGI': TAKTIK GOLONGAN SOSIALIS SEKULAR MELEMAHKAN PERJUANGAN ISLAM
Oleh Fadli Ghani
Terbaca tulisan Cikgu Ishak Surin, YDP Pas Batu yang telah
viral di media sosial. Beliau mengusulkan Presiden Pas berundur dan
dilantik ke jawatan lebih tinggi, Mursyidul Am Pas. Bunyi mcm baik, tapi
inilah cara golongan sosialis sekular memusnahkan pengaruh Islam dalam
perjuangan rakyat.
Saya kenal Cikgu Ishak, dan dia sangat kenal saya. Untuk
pengetahuan semua, Cikgu Ishak adalah pengikut Ahmad Boestamam, pemimpin
politik kiri sejak sebelum merdeka. Dulu, dalam Partai Rakyat, Cikgu
Ishak menjadi Penolong Setiausaha Agung ketika ia diketuai Boestamam.
Bila Boestamam kena ISA pada 1960-an, beliau memangku
Setiausaha Agung parti sosialis itu. Tetapi kerana kemunculan Kassim
Ahmad dalam Partai Rakyat, Cikgu Ishak mengikuti Boestamam menubuhkan
Pekemas.
Cikgu Ishak menyertai Pas pada pertengahan 1980an setelah
Boestamam meninggal dunia pada 1982. Dari situlah bermula sejarah beliau
bersama Pas. Selain terlibat dengan Harakah, beliau dilihat sebagai
‘orang kuat’ Mat Sabu. Sentiasa terlibat dalam Lajnah Mat Sabu, dari
buruh hingga demokrasi. Itulah Cikgu Ishak yang menjadi pembawa suara
Sang Timbalan setelah wafat YDP Bukit Bintang.
Berbalik soal cadangan Presiden Pas dijadikan Mursyidul Am.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa dahulu golongan kiri
bergerak dalam Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Presidennya Dr
Burhanuddin, Pak Sako menjadi timbalam dan Boestamam selaku ketua
pemuda.
Dr Burhanuddin berusaha membawa pengaruh Islam dalam PKMM,
tetapi tidak disenangi oleh puak sosialis sekular. Kerana itu Dr
Burhanuddin mengarahkan Ust Abu Bakar al-Baqir menghimpun ulamak di
Gunung Semanggol dan menubuhkan MATA, kemudian Hizbul Muslimin.
Puak sosialis sekular mencanang Dr Burhanuddin sebagai
pemimpin yang lemah, mudah ditipu oleh agen musuh dan sebagainya. Mereka
berkempen untuk jatuhkan Dr Burhanuddin, tetapi untuk menghapuskan
pengaruhnya sulit sekali. Dr Burhanuddin makin berpengaruh. Lalu apa
yang mereka caturkan?
Boestamam dan Pak Sako membuat plan untuk mencadangkan agar
PKMM mewujudkan jawatan Penasihat Agung, jawatan yang kelihatan lebih
mulia daripada Presiden PKMM. Bila jawatan ini berjaya diwujudkan,
mereka segera berkata, hanya Dr Burhanuddin saja yang layak untuk
jawatan itu. Lalu Pak Sako dapat dijadikan Presiden. Sedangkan jawatan
Penasihat Agung itulah yang menyebabkan Dr Burhanuddin tidak dapat
berbuat apa-apa kerana dia mendukung Islam, sedang Pak Sako mendukung
sosialis sekular.
Teringat saya kisah iblis tua memberitahu kepada sekalian
juaknya ketika mereka cuba menggoda Nabi Ayub as. Kata iblis tua, ikut
strategi kami ketika menyesatkan Adam dahulu… melalui isterinya.
Nampaknya, golongan sosialis sekular cuba mencetak semula
strategi lama mereka untuk melemahkan perjuangan Islam. Kerana pengaruh
Sang Timbalan belum setanding dengan Presiden, tektik Boestamam ditiru.
Nampaknya, golongan sosialis sekular cuba mencetak semula
strategi lama mereka untuk melemahkan perjuangan Islam. Kerana pengaruh
Sang Timbalan belum setanding dengan Presiden, tektik Boestamam ditiru.
Cikgu … saya tidak menulis kalau bukan tuan menyerang Presiden saya. (MTD)
No comments:
Post a Comment