Saturday, March 14, 2015
Selepas Tulis Tentang 1MDB, Blog Tun Mahathir Hilang. Mengapa?
BLOG mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses selepas beberapa jam beliau menulis mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Blognya, chedet.cc kini tertera 'akaun ini digantung' di laman utamanya. Bagaimananapun posting terbaru berkaitan 1MDB itu sempat disalin oleh blogger lain yang kemudiannya menyiarkan kembali artikel berkenaan di laman blognya, helenang.wordpress.com.
Dr Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik 1MDB dan mendesak siasatan penuh dilakukan terhadap syarikat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan itu.
Posting terbaru yang dimuatnaik selepas solat Jumaat itu terus mempertikaikan tentang hutang berbillion ringgit yang dibelanjakan oleh 1MDB.
"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja.
"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta ringgit," tulis Dr Mahathir.
Malah menurut Dr Mahathir, pengauditan terhadap 1MDB juga tidak akan menjawab banyak persoalan yang dikemukakan pembangkang dan rakyat.
"Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion ringgit, pelaburan yang dibuat, di mana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.
"Pembohongankah tuduhan mereka!! Sehingga kini kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal," tulisnya lagi.
Pada tahun 2008, blog rasmi Dr Mahathir digantung oleh penyedia khidmat memblog Blogger.com kerana dianggap sebagai "dicurigai blog spam".
- s/harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment