Thursday, March 19, 2015

Siapa Di Pesawat Peribadi PM Di Indianapolis Semasa PM Di M'sia?

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (tengah) bersama beberapa pemimpin pembangkang pada sidang media mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional membeli jet baharu, di lobi Parlimen, awal minggu ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adakah-rosmah-ke-indianapolis-tinjau-jet-baharu-soal-pkr#sthash.4mDlWWzm.dpuf

KL: SIAPA sebenarnya yang berada di atas pesawat 9M-NAA jet peribadi Perdna Menteri di Indianapolis sedangkan Perdana Menteri berada di Malaysia menguruskan bencana banjir waktu itu?
PKR hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan sama ada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat untuk meninjau sendiri kerja menaik taraf jet baharu yang dibeli kerajaan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, spekulasi itu tersebar susulan misteri pesawat sedia ada, ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014 dan pada masa sama Putrajaya membeli jet baharu, ACJ320 9H-AWK.

Rafizi berkata, siasatan yang dilakukan National Oversight & Whistleblower (NOW) mendapati jet peribadi baharu yang dibeli itu sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis.
"Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah kerja naik taraf bermula Jun 2013.
"Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun sebelum itu," katanya, pada sidang media berkenaan.
"Kita juga tahu, pada 26 Disember, 2014 semasa pesawat ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis selama 6 hari secara misteri, kerajaan Malaysia sudah pun membeli jet peribadi baharu, ACJ320 9H-AWK,” katanya.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Pandan itu berkata, persoalan yang berlegar ialah kemungkinan besar penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu.

"Oleh kerana Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya yang berlegar siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux yang sedang menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan.
"Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu," katanya.

Isu jet berkenaan sebelum ini menimbulkan persoalan apabila menurut semakan perjalanan 9M-NAA di laman www.flightradar24.com, jet peribadi itu kekal berada di Indianapolis selama 6 hari sebelum berlepas ke Los Angeles, New York, London, Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok.‎ Najib juga katanya sehingga hari ini enggan memaklumkan siapakah sebenarnya yang berada di atas pesawat 9M-NAA itu sedangkan beliau berada di Malaysia menguruskan bencana banjir.

"Persoalan lebih besar yang menjadi misteri, apakah istimewanya Indianapolis sehingga pesawat 9M-NAA itu singgah selama 6 hari di situ?” katanya.
"Tanpa jawapan yang telus, perkara-perkara begini akan terus menimbulkan kemarahan rakyat.”

Lapor The Malaysian Insider hari ini.  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails