Friday, March 27, 2015

Tentera Saudi & Sekutu Serang Yaman

MENTERI Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammad Salman (kanan) diberi taklimat oleh pegawai tentera mengenai operasi ketenteraan ke atas Yemen di pusat operasi di Riyadh semalam. 

SANAA – Arab Saudi dan tentera bersekutu Teluk telah melancarkan operasi ketenteraan termasuk serangan udara di Yemen semalam bagi menentang tentera sekutu Iran yang mengepung bandar Aden tempat presiden negara ini berlindung, kata pegawai tentera di sini.

Rangkaian berita Teluk, Al-Arabiya TV melaporkan Arab Saudi menyumbangkan sehingga 150,000 anggota tentera dan 100 jet pejuang untuk operasi tersebut, manakala Mesir, Jordan, Sudan dan Pakistan bersedia untuk menyertai serangan darat.

Tiada pengesahan terhadap jumlah tersebut dari Riyadh setakat ini. Al-Arabiya turut mendedahkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menghantar 30 jet pejuang untuk menyertai operasi tersebut.
Selain itu, Bahrain dan Kuwait masing-masing menghantar 15 buah jet pejuang, 10 dari Qatar, tiga dari Sudan dan masing-masing enam buah jet dari Jordan serta Maghribi.

Perang saudara di Yemen telah menjadikannya tapak pertembungan antara mazhab Sunnah Arab Saudi dan mazhab Syiah Iran. Riyadh menuduh Teheran menimbulkan pergeseran antara mazhab di rantau ini dan juga di Yemen dengan menyokong kumpulan Houthi.

Krisis di negara ini meningkatkan risiko perang melalui proksi dengan Iran menyokong kumpulan Houthi, manakala Arab Saudi dan lain-lain negara monarki Sunnah menyokong Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Abd-Rabbu dilaporkan sedang bertahan di Aden bersama pasukan tentera yang masih setia kepadanya selepas melarikan diri dari Sanaa pada Februari lalu.

Pergolakan di Yemen juga berisiko menjejaskan bekalan minyak dunia sehinggakan harga minyak mentah Brent naik enam peratus selepas operasi ketenteraan itu bermula.

Satu kenyataan dari White House kelmarin memaklumkan Amerika Syarikat (AS) menyokong operasi tersebut malah Presiden Barack Obama telah meluluskan sokongan logistik dan risikan AS kepada tentera negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Seorang pemimpin kanan Houthi di Yemen melihat serangan Arab Saudi sebagai satu pencerobohan ke atas negara tersebut dan memberi amaran tindakan itu akan memburukkan lagi peperangan di rantau ini.(IH)

3 comments:

Anonymous said...

bila pemimpin dikudakan olih yahudi ini lah yg terjadi..kena gaza di serang tak pulak arab saudi serang israel.

nazrics said...
This comment has been removed by the author.
nazrics said...

Sama2 kita mengenali syiah, kita akan tahu apa yg berlaku sebaliknya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails