Thursday, March 26, 2015

'Wanita Bogel' Dan Pecinta Seni Hong Kong



Wanita bugil di Art Basel. ©Reuters/Bobby Yip

PENCINTA seni di Hong Kong beramai-ramai memadati pameran Art Basel untuk berfoto bersama dengan 'wanita bogel' yang dipamerkan di sana. Wanita bogel ini tentu bukan wanita hidup, namun sebuah patung yang dibuat sangat mirip dengan wanita asli.

Patung ini sontak menarik perhatian majoriti pengunjung kerana mereka ingin tahu apakah patung ini asli atau bukan. Tak hairan, kerana patung ini memang kelihatan sangat nyata. Rambut patung ini pun didakwa berasal dari rambut wanita hidup, seperti yang dilaporkan oleh oleh Mirror (19/03).


 

Patung wanita bogel ini kelihatan dalam kedudukan melutut dengan bertumpu pada kedua kakinya. Wajahnya menghadap ke bawah, dengan kedudukan tangan seperti orang berdoa di depan tubuhnya. Patung ini memang kelihatan sangat nyata kerana saiz yang hampir sama dengan saiz manusia normal.

Patung yang mengundang decak kagum ini dibuat oleh Sam Jinks, seniman asal Australia, menggunakan bahan sintetik. Kerana bentuknya yang nampak jelas, tak hairan jika patung yang diberi nama "Untitled (Kneeling Woman)" ini menjadi benda seni paling popular di pameran tersebut.


Sedikit Huraian: 
Penyair-penyair atau seniman yang diikuti oleh orang-orang sesat...

Mari kita renungkan ayat Ai-Quran Surah Asy-Syu’araa’ (Para Penyair) ini..

  • “221. Apakah akan aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan- syaitan itu turun? 
  • 222. mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, 
  • 223. mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta. 
  • 224. dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. 
  • 225. tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap- tiap lembah, 
  • 226. dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? 
  • 227. kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” 
(asy-Syu’araa’: 221-227)

Lihat perbezaan ciri-ciri penyair Muslim dan bukan Muslim. Rujuk juga Tafsir Ibnu Katsir. (IH)

Ilmu yang menyelamatkan adalah yang berasal dari wahyu Allah. 

3 comments:

  1. IH sering muatkan berita seks dlm blognya..maybe strategi pancing pembaca..cuma xpdn dgn umur, dah tua, ianya memalukan..rumah kata pergi, kubur panggil mari. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete


  2. Anon di atas.

    Kalau sedar diri dah tua, jangan le baca. Bagi le peluang orang muda. Blog ini nak dakwah untuk tarik orang muda.

    Selagi tak salah dari sudut agama jalan terus Tuan aji. Jangan peduli salakan2 anjing di kiri kanan jalan.

    Buang saja tulisan bodoh itu. Duduk ulang benda yang sama dari dulu lagi. Dah dibagi penjelasan lagi tak paham. Nak bantah tak bagi hujah.

    Makin tua makin bodoh. Kalau aku punya blog, aku dah buang lama tulisan sampah itu.

    Bodo punya olang.

    ReplyDelete
  3. As-salamu 'alaikum.

    Terima kasih kepada pengomen dan pembaca semua.

    Mengenai berita seks dan gambar-gambar dalam blog ini telah diperbincang dan diperjelaskan lama. Pihak yang menentang tidak dapat mengemukakann hujah yang kuat dan syar'ie.

    Bahkan kekadang menggunakan bahasa lucah dan kotor.

    Maka, mulai hari ini kita akan bakul sampahkan komen-komen begitu.

    Sila komen dan berbincang dengan bahasa dan hujah yng sesuai dan baik.

    Was-salam.

    ReplyDelete