▼
Thursday, March 19, 2015
Woo-bin Tidak Mahu Adiknya Kahwini Artis, Mengapa?
HALAMAN HIBURAN
Pelakon dan juga model, Kim Woo-bin (gambar) baru-baru ini membuat kenyataan, tidak akan mengizinkan adik perempuannya berkahwin dengan artis.
Dalam siaran langsung Entertainment Weekly di saluran KBS baru-baru ini, Woo-bin hadir bersama dua lagi pelakon utama filem Twenty, Kang Ha-neul dan Junho. Ketika program sedang berlangsung, wartawan program berkenaan mengajukan soalan, bagaimana sekiranya adik perempuan mereka mahu berkahwin dengan salah seorang daripada pelakon filem Twenty, siapakah yang akan dipilih?
Selepas mendengar soalan itu, tiada seorang pun daripada tiga pelakon berkenaan bersuara memberikan jawapan. Woo-bin, satu-satunya dalam kalangan pelakon itu yang mempunyai adik perempuan akhirnya membuka mulut.
Katanya: “Perkara itu tidak boleh berlaku. Lebih baik untuk kami kekal berkawan baik seperti sekarang.”
Jawapan Woo-bin disambut dengan gurauan oleh Junho. "Saya juga tidak mahu melihat ada antara keluarga kita yang berpecah belah kerana hal demikian,” kata Junho.
Ertinya Woo-bin sendiri, tidak yakin masa depan adiknya di tangan artis, dipandang dari berbagai sudut.. Artis sendiri tidak yakin artis? (IH)
No comments:
Post a Comment