LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya Belit Leher.
Mahathir: Siapa arah bunuh Altantuya?
Hari ini 6 tahun Najib jadi PM. Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.
Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.
“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.
"Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.
“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.
Menulis di blognya, Mahahthir juga membangkitkan sebuah “skandal” kapal selam dengan pembunuhan Altantuya. Sirul sebelum ini berkata beliau hanya menjalankan tugas dan menjadi kambing hitam dalam kes itu. Daripada tahanan imigresen di Australia, bekas anggota polis elit itu berkata sedang mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya kepada media tentang perkara itu.
Najib menyifatkan dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan sebagai "rubbish" (mengarut atau merepek). Sirul dan seorang lagi rakan dalam pihak berkuasa itu Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Motif kepada pembunuhan itu bagaimanapun masih misteri.
Hari ini 6 tahun Najib jadi PM. Sirul bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding akhir di Mahkamah Persekutuan keran berada di Australia. Dia ditangkap tidak lama kemudian. Undang-undang negara kanggaru itu tidak membenarkan pihak berdepan hukuman bunuh dihantar pulang ke negara hukuman akan dilaksanakan.
Penganalisis politik Razak Baginda, yang dikatakan pernah menjadi rakan rapat Najib, pernah didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu. Beliau kemudian dibebas tanpa dipanggil membela diri kerana keterangan dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Ahli Parlimen veteran pembangkang, Lim Kit Siang menyarankan satu misi pencarian fakta untuk menyiasat Sirul Azhar Umar berhubung motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dan dua calon terbaik untuk tugas itu, menurut Lim, ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"(Misi pencarian fakta ini perlu) melaporkan kepada Parlimen mengenai hasil penemuan mereka, termasuk apa yang patut dilakukan terhadap Sirul dan Azilah (Hadri), kedua-duanya berdepan dengan hukuman mati, walaupun Sirul telah melarikan diri ke Australia," kata Lim dalam satu kenyataan.
Walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), namun beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya. Kini seolah-olah memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.
Hari ini, genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri. Adakah nasib Najib akan sama seperti Pak Lah PM sebelumnya, terpaksa melepaskan jawatan kerana mula diserang bertubi-tubi seperti ini? Bolehkah beliau melepaskan kes Altantuya yang membelit lehernya? Kita lihat lagi serangan terhadap beliau seterusnya.. (IH)
2 comments:
najib patut ikut nasihat mahathir seperti pak lah dulu sebelum umno jadi lebih rosak.. ramai anak muda tak suka kepimpinan najib...harap najib berundur cara terhormat
Najib ada dua pilihan !
1) TURUN dengan rela
2) TURUN dengan paksaan
- " RACUN DITANGAN KIRI MU, MADU DI TANGAN KANAN MU...AKU TAK TAHU MANA YANG AKAN KAU BERI KEPADA KU "
Post a Comment