LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M?
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM?
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib...
Siri 10: Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM...
Siri 11: Najib Perlu Jawab Dr M -BNBBC' Pun Tekan PM Letak...
Siri 12: Tun Daim Pula Tambah Percepat PM Turun, PM Sudah T...
Siri 14: Mukhriz Juga Lawan Najib? Gegarkah PM Kali Ini?
Siri 15: BN Tumbang, Anwar Bebas, Dr M Ditangkap, Disusuli ...
Siri 16:
SEKARANG ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib, Perdana Menteri Malaysia. Demikian jelas Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mStar online.
Kalau dakwaan ini benar, bererti Datuk Seri Najib Tun Razak sudah terdesak sangat, dan terpaksa mengawal penyokongnya dalam rangka mempertahankan tidak mahu meletakkan jawatan perdana menteri bagi negara ini.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau menyedari dirinya keseorangan, tetapi menegaskan tidak ada salahnya untuk bertanya ke manakah hilangnya wang rakyat.
"Ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.
"Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat, salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui TV tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.
"Hakikatnya wang 1MDB (1Malaysia Development Berhad) ada di mana masih tidak dijawab, kata Datuk Seri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.
"Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada di mana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.
"Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua bilion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 juta," tegas beliau dalam blognya chedet.cc pada Isnin.
Mengenai kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata, beliau hanya bertanyakan siapakah yang memberi arahan kepada Sirul yang dikenakan hukum bunuh.
"Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau diarah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul (dikenakan hukuman mati). Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh," katanya.
Menurut Dr Mahathir, banyak lagi persoalan beliau yang tidak dijawab malah hal itu dibangkitkan kononnya jambatan bengkok seperti yang diingininya tidak dibina.
"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13). Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib," katanya.
Sementara itu, mengenai 1MDB katanya, sokongan daripada kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB.
"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu.
"Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib," jelas Dr Mahathir. (IH)
2 comments:
ai main ugut ugut pulak
sudah lebih ni
Mcm crite hindustan...
Post a Comment