Friday, April 03, 2015

Air: S'gor Perlu Pemimpin Yang Lebih Layak -Khalid Ibrahim


khalid 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali perlu ditukar jika pentadbirannya masih gagal menyelesaikan isu air di negeri tersebut, gesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

KL: Selangor perlu pemimpin yang lebih layak. Bekas menteri besar itu berkata, penggantinya itu perlu berhenti mempolitikkan isu air dan memberi komitmen menyelesaikan kemelut tersebut yang disifatkannya merugikan rakyat negeri terkaya itu.

“Azmin perlu beri komitmen pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk berhenti politikkan isu air berdasarkan semangat titah Sultan Selangor.
“Kegagalan menyelesaikan isu air merugikan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mahu perkhidmatan air bersih yang efisien pada tarif berpatutan,” katanya semasa membahaskan ucapan menjunjung titah Sultan Selangor hari ini.

Ahli DUN Pelabuhan Klang itu berkata, isu air perlu diselesaikan segera atau wakil rakyat negeri tersebut perlu menimbang untuk melakukan pertukaran pentadbiran yang baru.

“Jika terus gagal menyelesaikan isu air, Selangor perlu pemimpin yang lebih layak. Saya tidak berminat tetapi Dewan perlu memikirkan kepimpinan yang baharu,” kata Khalid.

Beliau juga mendakwa, beberapa pendirian dan pengumuman dibuat Azmin dalam isu air Selangor, dilihat mengelirukan rakyat.

“Rakyat khuatir dengan hala tuju dan kredibiliti kerajaan negeri kerana sering disajikan dengan pengumuman mengelirukan oleh pentadbiran baru Selangor,” katanya.

Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri itu dimuktamadkan segera mengikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 12 September 2014.

Isu air itu masih berpanjangan kerana pada 10 Mac lalu, Azmin mengumumkan pembatalan perjanjian penstrukturan industri air dengan Putrajaya atas alasan pelanggaran terma syarat di pihak kerajaan persekutuan.

Keputusan itu dikhuatiri bakal menjejaskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang fasa pertamanya dijadual siap pada 2017 bagi menyediakan air terawat kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Khalid juga membidas Azmin yang dianggapnya memberi alasan yang tidak munasabah dengan mengaitkan isu air Selangor dengan isu jajaran tanah sepanjang 26,000km.

“Ia adalah dakwaan songsang, mengatakan Selangor bakal hilang 26,000km jajaran tanah.
“Untuk makluman Dewan, kita hilang (tanah tersebut) sebab Perbadanan Urus Air Selangor yang kuasai semua aset ini sudah diserahkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor.
“Dan, mereka tidak ambil (tanah), hanya diberikan kuasa untuk menggunakannya,” katanya menerangkan butiran mengenai perjanjian yang ditandatanganinya sendiri dengan Putrajaya, September lepas.

Giliran Khalid Ibrahim pula mengkritik, mengganti Azmin yang dulunya. (IH)

Sila lihat ini..
Politik S'gor, Siri 1 Hingga 7
Politik  S'gor, Siri 1 Hingga 7
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails