Thursday, April 16, 2015

Artis/Seniman Diikuti Peminat Sesat. -Tafsir Ibnu Katsir.

JOM sejenak kita fikir dan renungkan tentang kehebatan dan kejaiaban Al-Quran, kitab suci mulia.. Mula-mula kita buka Al-Quran.. Lihat dan baca Surah Asy-Syu’araa’ (Para Penyair), surah ke 26: Ayat 221 hingga 227.

Ini, sedikit huraian: menyenai penyair-penyair atau seniman yang diikuti oleh orang-orang sesat... Ya, mari kita renungkan..
Tafsir Ibnu Katsir Al-Qur’an Surah Asy-Syu’araa’ (Para Penyair)
Surah Makkiyyah; surah ke 26:227 ayat.

Ayat:

  • “221. Apakah akan aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan- syaitan itu turun? 
  • 222. mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, 
  • 223. mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta. 
  • 224. dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. 
  • 225. tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap- tiap lembah, 
  • 226. dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? 
  • 227. kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” 
(asy-Syu’araa’: 221-227)
Allah berfirman berdialog dengan orang-orang musyrik yang mengira bahawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw. tidak benar.. Bahkan merupakan sesuatu yang dibuat-buat oleh dirinya sendiri atau hasil yang diperoleh dari pemberian jin. Maka Allah swt. mensucikan diri Rasulullah saw. dari pelbagai komen dan tuduhan mereka, serta mengingatkan bahawa risalah yang dibawanya adalah benar-benar berasal dari sisi Allah swt.  

Untuk itu Allah berfirman: Halunabbi-ukum 
("Apakah akan Aku beritakan kepadamu."). Mahukah Aku beritakan kepada kalian:

'Alaa man tanazzalusy syayaathiinu. Tanazzalu 'alaa kulla affaakin atsiim 

("Kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap affaakin atsiim.") 
Affaaak; iaitu para pendusta dalam perkataannya, 
atsiim; iaitu orang yang durjana dalam perbuatannya. 
Inilah orang-orang yang kepadanya syaitan-syaitan itu turun, iaitu para dukun dan para pendusta fasik yang sejenis dengan mereka. kerana syaitan-syaitan itu pun adalah pendusta yang fasik.

Yulquunas sam'a 

("Mereka menghadapkan pendengaran.") 
Iaitu mencuri pendengaran dari langit, sehingga mereka mendengar kalimat dari ilmu ghaib, lalu ditambahkannya dengan 100 perkara yang dusta. Kemudian, hal itu disampaikan kepada manusia yang menjadi wali-wali mereka. 

 Lalu diceritakannya hal itu dan dibenarkan oleh manusia setiap apa yang mereka katakan, dengan sebab kejujuran mereka terhadap kalimat yang didengarnya dari langit itu.. 

Sebagaimana yang telah sahih dalam hadis mengenai hal itu.

Al-Bukhari meriwayatkan dari hadits az-Zuhri, telah mengabarkan kepadaku Yahya bin 'Urwah bin az-Zubair, bahawa ia mendengar' Urwah bin az-Zubair berkata: 'Aisyah ra. berkata:


"Para shahabat bertanya kepada Nabi saw. tentang para dukun. Lalu beliau saw. bersabda: "Mereka bukan apa-apa." Mereka bertanya kembali: "Ya Rasulullah, mereka mengatakan sesuatu yang kadang-kadang benar." Maka Nabi bersabda: "Kalimat itu adalah sebahagian kebenaran yang dicuri oleh jin, kemudian dibisikkan ke telinga walinya seperti kokokan ayam. Maka, mereka bergaul dengan lebih dari 100 kedustaan. " 

Al-Bukhari meriwayatkan dari 'Aisyah ra. bahawa Nabi saw. bersabda: "Para malaikat bercerita di atas langit tentang urusan yang terjadi di muka bumi, lalu setan-setan itu mendengar kalimat tersebut yang kemudian diperdengarkan kepada telinga para dukun sebagaimana botol bergerincing. Maka, mereka menambah bersamanya dengan 100 perkara yang dusta. "

Firman Allah: wasy-Syu'araa-u yattabi'uHumul ghaawuun 

("Dan penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat.")
'Ali bin Abi Thalhah berkata, dari Ibnu' Abbas: "Orang-orang kafir itu diikuti oleh manusia dan jin yang sesat. " demikianlah yang dikatakan oleh Mujahid ra. 'Abdrurrahman bin Zaid bin Aslam dan selain keudanya.

'Ikrimah ra. berkata: "Ada dua orang ahli syair yang saling bersaing. Satu ahli syair disokong oleh sebahagian kelompok manusia dan yang satu ahli yang lain disokong pula oleh sebahagian kelompok manusia yang lain. "


Maka Allah Ta'ala menurunkan: wasy-Syu'-araau yattabi'uHumul ghaawuun 
 (" Dan penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat. ") 

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Abu Sa'id berakata:
"Di saat kami berjalan bersama Rasulullah saw. di tangga, tiba-tiba seorang ahli syair bersenandung, maka Nabi saw. bersabda: "Tahanlah syaitan oleh kalian. Kerana penuhnya tekak seseorang dengan nanah lebih baik daripada dipenuhi oleh syair. 

"Firman Allah: alam tara annahum fii kulli waadiy yaHiimuun 
("Tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah.")

 'Ali bin Abi Thalhah berkata, dari Ibnu' Abbas: "Di dalam setiap permainan, mereka ceburi." 
Adh- Dhahhak berkata dari Ibnu 'Abbas: "Di dalam setiap seni bahasa." Demikian yang dikatakan oleh Mujahid dan lain-lain. 
Al-Hasan al-Bahsri berkata: "Sesungguhnya demi Allah, kami melihat tempat-tempat mereka bergelut, sesekali mencela si fulan dan sesekali mereka memuji seseorang." 

Firman Allah Ta'ala: wa annahum yaquuluuna maa laa taf'aluun 
("Dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan [nya].") 

Al-'Aufi berkata, dari 'Ibnu' Abbas: "Ada dua orang di masa Rasulullah saw. salah satunya dari kalangan Ansar dan yang kedua dari kalangan yang lain. Keduanya saling bersaing. Maka setiap orang di antara keduanya mempunyai penyokong dari kaumnya, iaitu para sufaha [orang-orang yang bodoh], 

maka Allah Taala berfirman: wasy-Syu'araa-u yattabi'uHumul ghaawuun. alam tara annahum fii kulli waadiy yaHiimuun. Wa annahum yaquuluuna maa laa yaf'aluun 
("Dan penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah. Dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan [nya]. ")

 'Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu' Abbas: "Kebanyakan kata-kata mereka adalah dusta." Apa yang dikatakan oleh Ibnu 'Abbas ini adalah kenyataan yang terjadi sebenarnya. Kerana para tukang syair berbangga-bangga dengan perkataan dan perbuatan yang tidak muncul dari diri mereka sendiri, bukan pula kerana mereka, maka banyaklah sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan mereka.  

Untuk itu para 'ulama berbeza pendapat tentang hal dimana apabila tukang syair mengakui dalam syairnya terdapat sesuatu yang menyebabkan ia terkena hukuman had, apakah akan dikenakan hukuman had sebab pengakuan tersebut atau tidak, kerana mereka mengucapkan apa-apa yang tidak mereka kerjakan?  

Dalam hal ini ada dua pendapat. Muhammad bin Ishaq dan Muhammad bin Sa'ad dalam ath-Thabaqaat, serta az-Zubair bin Bikar dalam al-Fakahah menceritakan bahawa Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab ra. mengangkat an-Nu'man bin 'Adi bin Nadh-lah sebagai pegawai di Maysan, tanah Bashrah.  

Dia mengucapkan syair yang menceritakan dirinya mabuk khamr dan mendengar lantunan seorang biduan. Ketika berita tersebut sampai kepada Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab ra. beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya hal tersebut memberikan penilaian burukku kepadanya. Barangsiapa yang bertemu dengannya, maka beritahu bahawa aku telah memecatnya. 

"'Umar menulis surat kepadanya:" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. haamiim. Diturunkan al-Kitab ini dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Mahapengampun dosa, Mahapenerima taubat, Maha berat siksa-Nya, Yang mempunyai karunia. Tiada Ilah [yang haq] selain Dia. hanya kepada-Nyalah kembali semua makhluk. "(al-Mu'min: 1-3) 

Amma ba'du, sesungguhnya perkataan kamu telah sampai kepadaku. "Semoga Amirul Mukminin memburukkannya. Kami duduk bersama, di istana yang hancur. Dan demi Allah, sesungguhnya hal tersebut memberikan penilaian burukku kepadamu dan aku memecatmu. " 

Ketika ia menemui 'Umar, ia menangis kerana syair itu, dan berkata: "Demi Allah, ya Amirul Mukminin, aku sama sekali tidak menyedarinya. Syair itu sama sekali tidak keluar kecuali sesuatu yang meluap dari lisanku. "

Lalu 'Umar berkata: "Aku menduga demikian. Akan tetapi, demi Allah, engkau tidak akan menjadi pekerjaku selam-lamanya. Apa yang telah engkau ucapkan, ya sudah, itulah yang engkau ucapkan." 
Dia tidak menyebutkan hukuman had tersebut, sekalipun perkara tersebut terkandung dalam syairnya, kerana mengucapkan apa yang mereka tidak lakukan. Akan tetapi, 'Umar ra. mencela, menghina dan memecatnya.  

Untuk itu, dijelaskan dalam sebuah hadis: "Sesungguhnya penuhnya tekak kalian oleh nanah yang merosakkannya lebih baik bagi kalian daripada dipenuhi oleh syair." (Muttafaq 'alaih) 
Yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah bahawa Rasulullah saw. yang al-Qur'an diturunkan kepadanya bukanlah seorang dukun, bukan pula seorang ahli syair. Kerana sikap beliau bertentangan dengan sikap mereka dari pelbagai sudut yang nyata.  

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya [Muhammad] dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang memberi penerangan. "(Yaasiin: 69)

Firman-Nya: illalladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati 
("Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.") 
Ibnu' Abbas, 'Ikrimah, Mujahid, Qatadah, Zaid bin Aslam dan banyak ulama berkata bahawa ini adalah pengecualian terhadap hal yang lalu . Tidak ada keraguan lagi, bahawa hal tersebut memang pengecualian. Wallaahu a'lam. 

Di dalamnya termasuk para tukang syair kaum Ansar dan lain-lain serta termasuk pula di dalamnya orang yang bergelut dengan syair jahiliyyah yang mencela Islam dan para penganutnya,  ..kemudian ia bertaubat, berserah diri, kembali, mencabut diri, beramal soleh dan banyak mengingat Allah sebagai lawan dari perkataan buruknya yang lalu. Kerana berbagai kebaikan akan menghapuskan pelbagai keburukan. 

Demikian yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya dari Ibnu 'Abbas, bahawa Abu Sufyan, Shakhr bin Harb ketika masuk Islam ia berkata: "Ya Rasulullah, berikan aku [perintah] tiga perkara." 

Beliau menjawab: "Ya." Dia berkata: "Mu 'awiyah engkau jadikan penulis pendampingmu. "
Beliau menjawab:" Ya. " Dia berkata:" Engkau perintahkan aku hingga aku perangi orang-orang kafir seperti dulu aku memerangi orang-orang Muslim."
Beliau menjawab:" Ya. " Dan dia menyebut yang ketiga. 

Untuk itu, Allah Taala berfirman:  illalladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati 
("Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.") 

 Dikatakan maknanya adalah mereka banyak menyebut Allah dalam perbincangan mereka. Pendapat lain mengatakan, iaitu di syi'ir-syi'ir mereka. Keduanya adalah sahih, iaitu sesuatu yang boleh menghapuskan perkara-perkara yang lalu. 

Firman Allah: wantasharuu mim ba'di maa dhulimuu 
("Dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman.") 

Ibnu 'Abbas berkata: "Iaitu mereka membalas orang-orang kafir yang sombong diri terhadap orang-orang mukmin." Demikian yang dikatakan oleh Mujahid, Qatadah dan banyak ulama lain. Pendapat ini sebagaimana dinyatakan dalam hadis sahih, bahawa Rasulullah saw. berkata kepada Hassan: "Tandingi mereka dan Jibril bersamamu." 

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Abdurrahman bin Ka'ab bin Malik bahawa ayahnya berkata kepada Nabi saw. "Sesungguhnya Allah swt. telah menurunkan ayat untuk para ahli syair. "
Maka Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya orang Mukmin berjuang itu dengan pedang dan lisannya. Demi Allah Rabb yang jiwaku ada di tangan-Nya, seakan-akan kalian melontarkan anak ujung tombak kepada mereka." 

Firman Allah Ta'ala: wa saya'lamulladziina dhalamuu ayya munqalabiy yanqalibuun 
("Dan orang-orang yang zalim itu akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.") 

Di dalam hadis sahih dinyatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Jauhkanlah oleh kalian kezaliman. Kerana kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. "

Qatadah bin Di'amah berkata mengenai firman Allah Ta'ala: wa saya'lamulladziina dhalamuu ayya munqalabiy yanqalibuun 
("Dan orang-orang yang zalim itu akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.") 

Yang benar ayat ini berlaku umum pada setiap orang yang zalim, sebagaimana ibnu Abi Hatim berkata bahawa 'Aisyah ra. berkata: 

"Ayahku menulis wasiatnya menjadi dua baris: 'Bismillaahir rahmaanir rahiim. Ini adalah wasiat Abu Bakar bin Abi Qahafah ketika meninggal dunia, di saat orang kafir beriman, orang fajir berhenti dan pendusta menjadi jujur. Sesungguhnya aku mengangkat 'Umar binaal-Khattab sebagai penggantiku. Jika ia berbuat adil, maka itulah dugaanku dan harapanku. 

Sedangkan jika ia berbuat zalim dan berubah, maka aku tidak mengetahui yang ghaib. wa saya'lamulladziina dhalamuu ayya munqalabiy yanqalibuun 
("Dan orang-orang yang zalim itu akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.")

Selesai.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails