JOHOR BAHRU – Seorang juruelektrik diberkas buat kali ketiga malam kelmarin kerana bermain judi mesin slot walaupun sebelum ini dia pernah kalah kira-kira RM100,000 sehingga terpaksa menggadai rumah dan keretanya.
Juruelektrik yang dikenali sebagai Sokfan, 46, itu tidak pernah berubah walaupun dia juga sudah diisytiharkan muflis akibat tabiat buruknya itu.
Lebih teruk, Sokfan juga tidak mempedulikan nasib dua isteri dan lapan anaknya kerana dia lebih mementingkan keseronokan bermain judi mesin slot.
Malam kelmarin, Sokfan diberkas lagi bersama tiga rakan tahi judi lain ketika mereka leka berjudi di sebuah bangunan kedai dua tingkat di Jalan Sri Bahagia 5, Taman Sri Bahagia di sini.
Sokfan ketika ditemui Kosmo! berkata, dia berjudi kerana mahu berseronok dan mendakwa mendapat keseronokan berganda apabila memenangi bonus permainan antara RM200 hingga RM300.
Cerita juruelektrik itu lagi, dia mula terjebak dengan judi tersebut pada tahun 1990-an ketika fenomena permainan judi mesin kuda berkembang.
Sejak itu, kata Sokfan, dia sukar berhenti bermain judi walaupun sudah berkali-kali kalah sehingga muflis akibat hilang wang pertaruhan.
Lapor Kosmo! Online.
Itulah hasil kerajaan Malaysia mendidik rakyatnya berjudi sejak merdeka sampai sekaraang. Cari duit hingga tidak peduli 'halal haram'. Kerajaan sendiri pun berjudi, bagaimana nak melarang rakyatnya hingga ketagih judi.
Bermula dengan sistem judi 'Loteri Kebajikan Masyarakat' untuk rakyat sejak mula merdeka, lumba kuda empat nombor ekor, hinggalah ke kasino-kasino gergasi sekarang. Kerajaan main judi bola, TOTO dan kepelbagaian judi-judi yang haram menurut Islam.
Begitu tarbiah kerajaan kepada rakyatnya, maka beginilah hasilnya. Kalau ditanam 'lalang' bagaimana boleh menghasilkan 'padi'? (IH)
3 comments:
hentikan dulu judi dikelantan baru negeri boleh ikut
Ini cakap bodoh!
K'tan dah hentikan judi, kecuali kerajaan pusat (UMNO/BN) punya.
Bila nak cerdek, tak paham perlembagaan.
hai... saya dari 5 tahun akan datang... Just nak bagitahu... PAS akan halalkan judi pada tahun 2020...
Post a Comment