Monday, April 13, 2015

BN Tumbang, Anwar Bebas, Dr M Ditangkap, Disusuli Najib -Zainuddin Maidin (15)

najib mahathir
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?    
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10: Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM...
 
Siri 11: Najib Perlu Jawab Dr M -BNBBC' Pun Tekan PM Letak...
Siri 12: 
Tun Daim Pula Tambah Percepat PM Turun, PM Sudah T...

    Siri 13: Serangan Terbaru Dr M Jatuhkan Najib? Mengapa.. 
    Siri 14: Mukhriz Juga Lawan Najib? Gegarkah PM Kali Ini? 

    JIKA BN tumbang, Anwar akan dibebaskan, Dr Mahathir akan  ditangkap dan disusuli Najib pula. Itu andaian bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, berikutan amaran Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    Pada Zainuddin amaran itu mempunyai maksud tersirat. Berdasarkan tempoh masa yang masa ada, BN masih mempunyai masa untuk melakukan pembetulan dan menarik semula keyakinan rakyat kepada kerajaan, sebelum PRU14, diadakan, sekiranya Najib meletak jawatan yang disandang,

    Dalam tulisannya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menjelaskan pandangan bekas Perdana Menteri itu bukan sekadar ingatan untuk Najib malah buat diri Mahathir sendiri.
    Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pengekalan BN untuk meneraju negara ini amat penting bagi mengelak pembangkang dari berkuasa.

    Di situ, timbul andaian di atas, jika BN tumbang, bukan setakat Najib malah Mahathir sendiri akan menjadi sasaran.

    “Tentunya bila PR menang Anwar Ibrahim akan dibebaskan seperti Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi Dr.Mahathir sendiri yang dianggap sebagai authoritarian akan ditangkap dan ditahan lebih dahulu dan disusuli dengan tangkapan ke atas Najib dan lain- lain untuk didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, skandal 1MDB atau lain lain”, dakwa Zam.

    Beliau yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, turut mengingatkan Perdana Menteri situasi sebenar pandangan pelbagai lapisan rakyat terhadap kepimpinannya. Katanya, kemunculan Perdana Menteri dalam program Soal Jawab Khas terbitan TV3 minggu lalu, masih tidak menyakinkan penonton.

    Bahkan beliau menyifatkan penerampilan itu sekadar memenuhi seruan dari dalam parti terutama dari Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Shahrir Abdul Samad yang mahu Najib memberi jawapan langsung kepada umum mengenai perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir.

    “Yang tersembunyi ialah kemunculan Najib yang tergesa-gesa tanpa promosi pengumuman lebih awal di buat menerusi media cetak dan lain-lain media seperti yang biasa dilakukan terutama untuk meyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakyat.

    The Powers of Incumbency mestilah digunakan dengan bijaksana atau secara profesional, jika tidak ia lebih mendedahkan keadaan yang panik di sebalik wajah tenang dan berani. Inilah kesan negatif yang telah berlaku, tulisnya di laman blog http://zamkata.blogspot.com.

    Tetapi apa yang jelas, andaian di atas boleh disifatkan sebagai..
    • Pakatan pembangkang sudah mula menampakkan kekuatan yang menggerunkan BN, walaupun PAS/DAP nampak macam bertelagah buat sementara.
    • UMNO sendiri sudah mula bergelora kerana dilanda beberapa kepincangan, termasuk yang melibatkan bekas PM, Tun Mahathir. 
    Adakah perletakan jawatan PM ini sebagai permulaan kepada penyelesaian, atau permulaan kepada kejatuhan UMNO?  (IH)

    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails