Monday, April 20, 2015

Taman Medan: Cetus Perkauman Agama, Pihak Berwajib Digesa Siasat Segera..

gereja taman medan

Petaling Jaya: Pihak berwajib atau yang bertanggung jawab digesa supaya bertindak segera terhadap pihak yang boleh dianggap cuba cetuskan api perkauman agama, berlaku di sini hari ini. Demikian dinyatakan oleh Weblog Ibnu Hasyim.

Hal ini disebutkan apabila sebuah gereja di Taman Medan yang baru dibina hari ini dikejutkan oleh penduduk setempat yang mengadakan bantahan di premis itu mendesak supaya salib diturunkan.

Kira-kira 50 penduduk berada di bangunan kedai di mana gereja itu ditempatkan, menuntut supaya salib yang diletak pada dinding premis itu diturunkan, demikian menurut video yang dimuatnaik oleh The Star Online.

Mereka juga membawa beberapa plakad antara lain bertulis “wakil rakyat Taman Medan tidur” serta mendesak supaya tidak mencetus kemarahan dan mencabar orang Islam di Taman Medan itu – yang majoritinya didiami orang Melayu-Islam.

Ketua kampung yang mengetuai bantahan itu Datuk Abdullah Abu Bakar mengulangi amaran bahawa gereja tersebut beroperasi di kawasan yang majoritinya orang Melayu-Islam.

“Jika mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan (operasi gereja), bagaimana kami boleh menghalangnya, tapi yang menjadi perhatian kami ialah kawasan ini adalah kawasan Melayu dan ia tidak sepatutnya berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata.
Turunkan salib
Abdullah juga kelihatan memaklumkan kepada pemberita kemudiannya bahawa pihak gereja bersetuju untuk menurunkan salib itu “hari ini atau esok” dan telah mengadakan pertemuan dengan paderi.

Menurut laman berita itu lagi, pihak polis tiba di kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian yang mengawal perserta sementara sekumpulan 15 jemaah gereja minta privasi. Exco yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Lihat Video.


(IH)

8 comments:

Anonymous said...

apa la bodoh melayu sekarang,takut dengan lambang salib.This country is slowly going to the TALIBANS.

kiedentech said...

kerja orang bangang, di kelantan 99% penduduknya islam , gereja lady of fatima di jalan sultan yahya petra dekat dengan kota darulnaim pusat pentadbiran kerajaan negeri kelantan tak pernah terusik dan allahyarham TGNA pernah bertanya kenapa lambang kristian diturunkan kerana beliau tidak tahu gereja itu sedang diperbaiki dan bimbang kalau arahan itu datang dari majlis perbandaran

Anonymous said...

Oh t.ksh maklumat sdr.

Unknown said...

Sebagai org Islam tercuit juga dihati dimana lambang salib dinaikkan dikawasan malayu akan tetapi dengan hati yg tenang, terimalah hakikatnya bahawa Allah jualah yg mengizinkan mereka mendirikan serta mensyiarkan ugama mereka. Bila kita muhasabah diri kita apakah sembahyang fardhu 5 waktu org Islam yg dah akhir baligh ,mendidirikan sembahyang berjemaah dimana azan diazankan (dimakejid/surau disitu).Org Nasara simpan misai, org yahudi simpan janggut dan misai sedangkan nabi bagi tahu simpan janggut saja bagi membezakan diantara nasarani , yahudi dan Islam. Ini semua salah umno dan pas dg kekuda dan pil kura jebon baruanya .

Anonymous said...

Dari Blog Helen Ang :-

Taman Medan: Evangelistas and church crosses – the S’pore and China experience

https://helenang.wordpress.com/2015/04/20/taman-medan-evangelistas-and-church-crosses-the-spore-and-china-experience/

Anonymous said...

Inilah jemis makhluk Allah yang dikatakan islam keturunan,bila disurah mengaji cara islam yang betul tak mahu apa yang mereka tahu ialah membantah jika tidak sebulu dengan mereka,dan melayu disekeling pun sama juga bengong tak tahu membezakan apa yang telah ditetapkan Allah,walhal diri sendiri pun belum tentu mengerjakan perentah Allah yang disuruh oleh pesuruhNya Nabi Muhammad s.a..w seperti yang diperentahkan .Insaflah agama islam bukan terletak dilambang salib dan aqidah agama islam terletak sihati orang yang beriman jika iman kita senipis kulit bawang usahlah terikut dengan pemimpin yang munafik pula konon membantah walhal diri sendiri pun bergelumang dengan kerja kurafat dan syirik,sepatutnya nasehat pengikut itu kuatkan pegangan aqidah dari membantah menginzir buta yang tiadak memberi faedah pada agama islam,insaf insaf insaf semoga mendapat pertunjuk dari yang Maha Esa.

Anonymous said...

salib mesti diturunkan, hormati kawasan org islam.

salib kt dlm sudahlah.

bukan takut salib tp sensitiviti org islam mesti dihormati.

sama juga kalau ada rumah urut atau ada jual babi kt situ. bukan takut dgn rumah urut atau takut babi tp sensitiviti penduduk diutamakan.

Anonymous said...

kita tk mahu nnti agen2 parti munafik akan bakar gereja tu, kemudian tuduh PR yg buat.

dh tau kawasan tu sensitif kenapa nk letak minyak sebelah api?

carilah tempat jauh sikit yg ramai org kristian.

mcm ada agenda politik perkauman dan agama sedang dirancang di situ oleh pihak zionist.

sokong diturunkan salib sebelum perkara lebih besar terjadi dimainkan oleh musuh2 negara.

yg jadi mangsa mat sabuuuu juga, masuk lokap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails