Sunday, April 19, 2015

Cikgu, Tunggu Saya Akan Rogol Cikgu.. Akibat Dasar Pendidikan M'sia Salah?


BOLEHKAH dikatakan dasar pendidikan Kerajaan Malaysia yang salah, apabila seorang murid ugut untuk merogol gurunya? Macam tak percaya lagi apabila murid itu seorang budak lelaki berumur 9 tahun, kini sudah mengugut orang dewasa?


Baru-baru ini seorang guru di Kedah mendakwa menerima ancaman rogol daripada seorang murid tahun tiga. Menurut laporan The Star, kanak-kanak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lanai itu membuat panggilan telefon dan kemudian disusuli dengan SMS yang berbunyi: 

“Cikgu , tunggu saya akan rogol cikgu , tidak lama lagi “ . 

Murid itu didakwa bertindak sedemikian kerana mempertahankan rakannya yang tidak dilantik menjadi ketua kelas. Rakan sekerja guru itu, yang menghubungi pihak The Star berkata ancaman daripada kanak-kanak telah menyebabkan seluruh sekolah di Kupang , kira-kira 6km dari pekan Baling itu terkejut.

Guru itu mengalami trauma apabila muridnya berani membuat ancaman. Mangsa berusia 39 tahun itu berada di rumahnya di Bandar Putri Jaya , Sungai Petani, apabila beliau menerima ancaman pada kira-kira 10.30 malam pada 13 Februari lepas dan meminta suaminya untuk menyemak siapa membuat panggilan telefon, dan terdengar suara kanak-kanak. 

Dengan menggunakan telefon awam , suami itu membuat panggilan dari seorang lelaki yang berumur sekitar 30-an dan mengaku bahawa anak saudaranya telah menggunakan telefon bimbitnya dan dia akan menghukum budak lelaki itu dan melaporkan perkara itu kepada ibu bapanya.


Guru itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Muda pada 14 Februari lepas dan telah disahkan oleh seorang pegawai kanan polis. Sementara itu, aktivis anti -jenayah Tan Sri Lee Lam Thye mahu Jabatan Pelajaran Kedah untuk membuat siasatan penuh ke dalam perkara itu. 

Beliau berkata kes itu perlu dijadikan sebagai pembuka mata bahawa langkah-langkah pemulihan diperlukan segera untuk membendung kes-kes yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak sekolah.

Komen Weblog IbnuHasyim: Langkah pemulihan dibuat adalah suatu tindakan yang betul, tetapi dasar pelajaran yang sekularisme melahirkan manusia tidak bermoral dan bertamaddun perlu dikaji semula. Betulkan dasar pelajaran salah, yang tidak membangunkan keinsanan, bahkan mengancam negara. (IH)

4 comments:

  1. kata ianya berlaku di kota Kupang ? Kupang itu kan di indonesia , bukan di malaysia sabah !

    ReplyDelete
  2. dimalaysia juga ada tempat bernama kupang

    ReplyDelete
  3. kupang pun nak claim. Nah amek 3 kupang main jauh2!

    ReplyDelete
  4. Pertama...cerita ni berlaku tahun 2014 kalau x silap...leh buka balik page the star...kes pun dah selesai dah...
    kedua... gambar di atas tiada langsung kaitan dengan cerita

    ReplyDelete