KL: Perhimpunan yang diadakan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Padang Merbok di sini berlangsung secara aman.
Perhimpunan anjuran Dewan Ulama PAS yang bermula pada pukul 4 petang Sabtu kelihatan seperti satu ceramah politik biasa berbanding demonstrasi dengan orang ramai khusyuk mendengar ucapan daripada beberapa pemimpin PAS.
Peserta demonstrasi duduk di hadapan sebuah pentas sambil menikmati makanan dan minuman yang dijual di pasar malam berdekatan yang dibuka sempena program tersebut. Terdahulu, pelbagai program seperti bacaan puisi dan pantomim diadakan untuk menghiburkan peserta yang hadir.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh hari ini berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah haram. Katanya, dengan kedudukan negara yang mengalami masalah ketirisan dan rasuah, cukai itu tidak wajar dikenakan dan ianya bercanggah dengan syariat Islam.
"Cukai sebegini seolah-olah merompak rakyat secara sah ... walaupun Islam membenarkan kutipan cukai dalam negara, tetapi ia adalah haram apabila negara dipenuhi ketirisan dan rasuah," katanya kepada pemberita pada program 'Himpunan Derita Rakyat (HINDAR)' anjuran Dewan Ulama PAS Pusat, pada Sabtu.
Menurut beliau, di Singapura, meskipun kerajaannya mengenakan GST, tetapi ianya diganti dengan sistem pengangkutan awam yang efisyen serta harga kereta yang jauh lebih murah. Selain itu, katanya negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti petroleum dan kayu balak yang boleh dijadikan sumber pendapatan.
Terdahulu, dalam ucapannya, Nik Zawawi berkata Dewan Ulama PAS akan meneruskan agenda seperti program HINDAR ini membangkitkan kesedaran rakyat. Ujarnya, ini adalah pertama kali Dewan Ulama turun untuk membantah kerana katanya pelaksanaan GST menzalimi rakyat dan bercanggah dengan syariat Islam.
"Kita Dewan Ulama bukan menentang secara membabi-buta, tetapi GST satu sistem percukaian yang tidak patut dilaksanakan di negara kita," katanya lagi.
Nik Zawawi juga berkata, beliau bersedia berdebat dengan mana-mana pihak termasuk menteri atau mufti tentang hukum melaksanakan GST.
"Saya hendak rumuskan bahawa dalam negara kita ini, dikenakan GST ini hukumnya adalah haram. Dan saya bersedia untuk bersemuka dan siapa sahaja dalam negara kita di kalangan ilmuan atau sesiapa pun saya sanggup untuk berdepan dengan mereka, tetapi dengan syarat dalam televisyen yang dibuka umum," katanya.
Ditanya mengapa Dewan Ulama memilih untuk turun membantah GST dan bukan cukai-cukai lain sebelum ini, katanya sebelum ini cukai yang dikenakan oleh kerajaan tidak begitu membebankan tetapi GST melibatkan semua rakyat.
"Dan kita rasa ini tanggungjawab Dewan Ulama untuk jelaskan dari segi hukum itu sendiri... itu yang menyebabkan bila adanya GST ini, kita turun," ujarnya.
Dalam pada itu beliau juga mencadangkan supaya kerajaan lebih agresif dalam usaha menarik pelabur asing dari negara-negara ASEAN untuk melabur di negara ini daripada mengenakan GST.
Himpunan yang menyaksikan kira-kira 2,000 perserta yang di Padang Merbok itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan pemangku Timbalan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. (IH)

3 comments:
KERA-jaan Be End telah membebankan rakyat dengan GST yang telah menyebabkan kenaikan harga hampir semua barang dan perkhidmatan yang melampaui batas kemanusiaan.
GST menyebabkan rakyat bertambah miskin kerana mereka terpaksa menggunakan sebahagian besar dari pendapatan mereka untuk membayar harga barang dan perkhidmatan yang lebih tinggi dari sepatutnya. Dan pemimpin B End hidup mewah di ats penderitaan rakyat.
Seorang pemimpin Be End dalama wawancara sebelah pihak tv tigasuku mendakwa bahawa ekonomi negara ini adalah stabil. Jika dakwaannya benar , mengapa kera-jaan BN memaksa rakyat menerima GST?
Ini bererti GST adalah dasar lintah darat Be End yang sedang menangguk di air keruh.
Oleh sebab itu, semua rakyat negara mestilah menyokong PAS, PKR dll untuk menghapuskan GST, POTA, Akta Hasutan dan menumbangkan kera-jaan Be End dalam PRU ke14 untuk menjamin masa depan rakyat negara ini.
Tahniah dan syabas kepada ulama-ulama Majlis Syura Ulama PAS kerana mengharamkan GST sebab GST amat membebankan rakyat. Inilah yang dikatakan ulama-ulama yang takut kepada Allah.
Sebaliknya, ular-mak Ameno dan ular-mak kera-jaan menyokong GST menindas rakyat kerana mereka dibayar gaji untuk mempertahankan kezaliman Be End. Amat memalukan.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.
Apasal sebuk2 sgt pasal rompak rompak rompak yg HAMNO tu buat & sebuk2 pulak cakap haram haram!?
Yg PONTENG hadir keparlimen dah acap kali dah tu, takke HARAM makan duit yg rkyat bg tu?
Yg dpt ESOS mudah2 ratus2 ribu tu adakah HARAM @ sunat?
Yg dok FITNAH mcm2 tu takke HARAM sbb terang2 langgar hukum/hudud TUHAN?
Mcm mana leh jd BUTA sbelah mata?
Post a Comment